PELAWAK pasangan adik-beradik Sharif dan Atu sedar timbul khabar angin mendakwa timbul perbalahan di antara mereka sehingga kumpulan Zero yang dianggotai sudah terkubur. Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 33, berkata, gosip itu bukan sahaja menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat tetapi ibu mereka turut bertanya sama ada berita benar atau sebaliknya. "Tak mungkin kami berpecah sampai ada kata kami bergaduh... semua itu tidak betul. "Khabar angin Zero berpecah bukannya datang dari kami. Ia hanya jadi tanda tanya apabila kecoh di media sosial sampai ibu pun tanya bila saya sertai kumpulan lain," katanya kepada mStar. Kumpulan Zero kini jarang membuat persembahan bersama. Sharif dan Atu ditemui ketika sidang media konsert Muzika Lawak Nusantara (MLN) yang berlangsung di Petaling Jaya baru-baru ini. Dalam masa sama, Sharif tidak menafikan mereka memilih untuk mencari kelainan apabila tampil bersama dengan rakan pelawak lain dalam sebuah program televisyen sebelum ini. Bagi Sharif dia, Atu dan seorang lagi adiknya iaitu Melati mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang seni dan harus mencari peluang yang ada selain bergerak sama sebagai kumpulan Zero. ARTIKEL BERKAITAN: Masalah dah selesai, Atu Zero ambil bayaran di Awesome TV ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero bakal terima bayaran tapi dilabel ‘anjing makan tuan’ "Benar kami berpecah sebelum ini, tapi buat sementara sahaja. Sebagai contoh dalam program Muzikal Lawak Superstar kami tampil bersama orang lain kerana ia adalah satu projek khas. "Kami juga ada sasaran tersendiri dalam aktiviti secara individu. Malah Melati pun kini sibuk menguruskan perniagaan di Sabah dan hanya akan datang ke Kuala Lumpur jika ada urusan. Kami tidak boleh nak harapkan atau terus selesa sebagai Zero sahaja," ujarnya. Sudah 10 tahun kami dalam industri... peminat pasti tahu bagaimana kalau kami bergabung dia atas pentas. ATU ZERO PELAWAK Justeru gabungan mereka bertiga dalam konsert MLN yang dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos ini diharapkan dapat menjadi pengubat rindu buat peminat setelah sekian lama mereka tidak beraksi sama di atas pentas. Kata Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 31, mereka sedia memberikan satu kelainan selain persembahan yang sering dirindukan peminat selama ini. "Rasanya hampir empat tahun kami tidak bersama sebagai sebuah kumpulan. Masing-masing pun ada komitmen sendiri. Barisan artis Malaysia yang terlibat dalam konsert Muzika Lawak Nusantara. "Ini adalah simbolik kami masih bersama. Kami sudah 10 tahun dalam industri dan peminat pasti tahu bagaimana kalau kami bergabung dia atas pentas," jelasnya. Selain Zero, MLN turut menampilkan kumpulan Bocey selain tiga pelawak dari Indonesia iatu Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap. Acara tersebut akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dan tiket boleh didapati di www.ticket2u.com bermula 23 Jun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!