KUMPULAN rock Search dan Barbarik bakal bergabung menerusi Konsert Double Trouble 2 yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Ogos depan. Menurut ahli anggota Barbarik iaitu Joe Branko atau Abdul Zamin Abdul Kadir, 53, konsep untuk konsert Double Trouble kali ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan konsert yang pernah dianjurkan sebelum ini. Malah, kemungkinan kedua-dua band akan menyampaikan 10 lagu dan mereka juga akan memainkan enam lagu bersama-sama. "Mungkin ada enam lagu di mana Search dan Barbarik akan bersama-sama di atas pentas. Konsert Double Trouble 2 akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. "Tapi ini bukan masing-masing nak tunjuk 'terror', bukan nak 'battle' apa semua, tapi kami akan main sama-sama," katanya. Dalam pada itu, Joe berkongsi konsert kumpulan Search dan Barbarik sebelum ini mendapat sambutan hangat daripada peminat dan cabaran yang perlu mereka hadapi kali ini adalah untuk mengekalkan momentum persembahan. Kata Joe, kedua-dua kumpulan ini sudah membuat perbincangan untuk bertukar idea demi memastikan konsert yang bakal dianjurkan ini berjalan lancar. ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Majid kota janji, bawa konsert Big Band Live ke Kota Kinabalu ARTIKEL BERKAITAN: Impian Bunkface buat konsert di Sabah terlaksana, tiket dijual serendah RM88 "Kedua-dua konsert Search dan Barbarik sebelum ini memang sukses. Inilah cabarannya buat kami untuk mengekalkan momentum konsert itu. "Saya kerap berjumpa serta berbincang dengan Noordin dan Kid. Kami juga banyak mengadakan pertemuan dengan penganjur,” ujarnya. Sementara itu, Nordin selaku pemain gitar kumpulan Search memberitahu, kelebihan Konsert Double Trouble 2 ini menampilkan pemuzik generasi selepas mereka seperti Denden dan Minn dari Search serta Ainol, Adi dan Rozaimie dari Barbarik. Noordin (kiri) menjanjikan yang terbaik untuk peminat. Tambahnya, peminat harus menantikan kejutan yang bakal dibuat pada malam konsert nanti dan mereka juga berjanji akan membuatkan penonton berpuas hati selepas menonton persembahan. "Kali ini biar mereka pula buktikan. Saya, Kid, Yan, Joe dan Muss adalah orang lama dan semua peminat sudah tahu. "Mereka pula pemuzik generasi selepas kami yang cukup berbakat," katanya. Tiket sudah mula dijual bermula dengan harga RM129, RM139, RM159, RM169, RM179, RM199 dan RM359 (VIP). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!