PELAWAK Fad mengakui kurang menerima undangan persembahan bersama kumpulan Bocey selepas pemergian salah seorang anggotanya iaitu Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada Februari 2020. Pelik dengan situasi itu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 32, menegaskan dia dan Achey masih lagi bersama meskipun mereka sebelum ini pernah tampil dengan rakan pelawak lain untuk sebuah program televisyen. "Kami dah lama tidak diberi peluang untuk muncul sebagai Bocey selepas kehilangan Abam. Tak tahu apa masalah sebenarnya. Mungkin ada ingat kami susah berpecah. Fad yakin kumpulan Bocey masih ada peminat tersendiri. "Pernah juga bertanya kepada produser program untuk untuk jemput saya dan Achey. Namun mungkin ada yang lebih layak atau belum ada program yang betul-betul sesuai untuk kami berdua," katanya kepada mStar. Fad ditemui ketika sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara (MLN) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Tambah Fad lagi, meskipun tidak bersama Achey di atas pentas, itu bukanlah bermaksud dia mahu melupakan terus nama Bocey yang telah memperkenalkan mereka dalam industri. ARTIKEL BERKAITAN: Sharif Zero jawab isu gaduh adik-beradik, sampai ibu jauh di Sabah pun tanya! ARTIKEL BERKAITAN: Berani hantar gambar tak senonoh! Isteri Fad Bocey ‘sound’ wanita cuba ganggu rumah tangga... “Geng taste laki orang ke?” "Diam bukan bermaksud mengalah atau merajuk. Kami pun tidak mahu terlalu memaksa mana-mana pihak untuk panggil kami membuat persembahan bersama. "Saya dah Achey tidak ada masalah untuk membuat persembahan atas nama kumpulan berbeza namun lebih manis jika kami bersama. Penampilan kami menjadi bukti Bocey masih belum terkubur," ujarnya. Diam bukan bermaksud mengalah atau merajuk. Kami pun tidak mahu terlalu memaksa mana-mana pihak untuk panggil kami membuat persembahan bersama FAD BOCEY PELAWAK Bercakap tentang persembahan pada malam konsert MLN nanti, menurut Fad dia dan Achey akan tampil bersama seorang lagi pelawak jemputan sebagai kejutan. Dalam masa sama dia tidak menolak jika individu tersebut akan kekal bersama menjadi ahli tetap kumpulan Bocey. "Tempat Abam tiada gantinya. Kalau ada pun ahli baru dia bukan pengganti Abam tetapi untuk melengkapkan kumpulan kami. Kenangan bersama Abam akan sentiasa menguatkan semangat Fad untuk membawa nama Bocey. "Mungkin orang yang kami bawakan pada malam tersebut akan kekal bersama Bocey," jelasnya. MLN bakal berlangsung pada 19 Ogos ini bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam dan tiket boleh dibeli secara atas talian di www.ticket2u.com. Selain Bocey artis lain turut membuat persembahan adalah kumpulan Zero, Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!