suria

Video kemesraan curi perhatian, peminat kagum tengok kejelitaan Fasha Sandha dan Nora Danish

Fasha dan Nora tidak menjadi kisah lama sebagai pengahalng hubungan baik mereka.

PEMINAT meluahkan rasa kagum dan teruja melihat kemesraan dua pelakon jelita iaitu Fasha Sandha dan Nora Danish ketika hadir di majlis pernikahan penyampai radio Suria FM Shuib pada malam Jumaat.

Berkongsi video kemesraan mereka di Instagram, peminat meluahkan rasa kagum terhadap dua selebriti itu apatah lagi mengetahui sejarah mereka sebelum ini termasuk pernah berkahwin dengan lelaki sama iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Lebih menarik perhatian apabila Jejai sendiri sempat meninggalkan komen tanda sokongan terhadap kedua-dua bekas isterinya itu.

"Steady Fasha, Nora," tulisnya ringkas.

fasha 1

Fasha kini bahagia disamping suami, Aidil Aziz.

Komen ditinggalkan Jejai itu turut membuat netizen kagum dan menyifatkan Jejai sebagai seorang lelaki hebat kerana masih mengekalkan hubungan baik bersama Nora dan Fasha meskipun mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan.

"Dua wanita hebat, ibu kepada anak-anak Jejai.

"Berdamai dengan takdir, hidup pun happy!," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sengketa sudah jadi sejarah... peminat tumpang bahagia tengok Fasha Sandha dan Nora Danish foto bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit pun Fasha Sandha tetap fikir kerja, gigih bawa skrip sampai ke hospital... Lega sudah dibenarkan pulang

Tidak hanya itu, netizen turut memuji kecantikan kedua-dua selebriti itu yang semakin jelita dan langsing meskipun usia mereka sudah meningkat.

Sementara itu, Nora juga sempat menulis komen mengucapkan selamat buat Fasha yang terpaksa meninggal majlis tersebut awal kerana terlibat dengan penggambaran.

"Selamat maju jaya untuk penggambaran esok (Sabtu) si cantik,” ujarnya.

Untuk rekod Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

nora danish 1

Nora dan suami, Nedim Aziz.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jamyma, 8.

Sementara itu, Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008.

Mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal yang kini berusia 14 tahun.

Fasha dan Nora masing-masing telah berkahwin lain selepas berpisah dengan Jejai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain