ISTERI kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia kira-kira 2.10 petang Jumaat akibat komplikasi buah pinggang.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Berkongsi berita duka itu Eddie atau Samsaidi Ulong Idris, 55, memberitahu Allahyarham sudah dua minggu menerima rawatan di hospital itu akibat penyakit yang dialami.
Kenangan Eddie bersama isteri dan keluarga.
"Isteri saya meninggal dunia ketika sedang melakukan rawatan dialisis. Sebelum ini dia pun dah dua minggu dirawat di hospital.
"Selain masalah buah pinggang dia juga terkena jangkitan kuman dan jantung menjadi lemah," katanya ketika dihubungi mStar.
Eddie memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Rohana Jalil meninggal dunia
Sementara itu Eddie turut memberitahu dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan memandangkan isterinya itu sudah lama menderita sakit.
Dalam nada sedih, Eddie memaklumkan dia akan tetap beraksi bersama kumpulan Wings sempena Konsert Nusafest yang dijadual pada Sabtu kerana telah berjanji untuk terlibat dalam acara berkenaan.
"Saya dah janji dengan kawan-kawan. Saya mungkin akan buat persembahan juga.
"Saya pun sudah sedia dengan segala kemungkinan sebab isteri dah lama sakit," ujarnya sambil kedengaran sebak.
Hasil perkongsian hidup Eddie dan isteri, mereka dikurniaan tiga orang cahaya mata termasuk Billa yang juga merukan seorang penyanyi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!