SEMPENA ulang tahun kelahirannya pada September ini, pelakon Nur Fazura bakal mempersembahkan sebuah lagu kolaborasi bersama penyanyi kumpulan Dewa iaitu Ahmad Dhani. Menurut Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia akan menyanyikan semula lagu berjudul Jika Cinta Allah dendangan asal penyanyi kumpulan dari Indonesia. Kata Fazura, lagu tersebut sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu namun ia terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara. Fazura bakal melancarkan single kolaborasi bersama Ahmad Dhani September ini. "Sebenarnya memang saya sudah ada lagu dengan Ahmad Dhani. Kita dah rekod lama juga... Lagu ini sebenarnya nyanyian semula daripada saya dan Ahmad Dhani lakukan arrangement baru. "Sebenarnya saya nak lancarkan lagu itu pada tahun lalu, tetapi aturan Allah itu yang terbaik. ARTIKEL BERKAITAN: Letih asyik dapat watak rebut lelaki, Fazura buka syarikat produksi sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Kakitangan pecah amanah punca Fazura buat laporan polis, akui terlalu mudah percaya orang "InsyaAllah sempena hari ulang tahun kelahiran saya September ini saya akan lancarkan lagu tersebut," katanya kepada pemberita. Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran program televisyen Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa. Saya rasa lirik yang dibuat oleh Ahmad Dhani begitu sampai dengan jiwa saya. FAZURA PELAKON Dalam pada itu, aktres berkenaan turut memberitahu dia sememangnya menyimpan hasrat untuk menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan. Kata Fazura, sebagai penghibur dia perlu memberikan motivasi kepada pendengar memandangkan kini ramai yang mengalami depresi dan tekanan hidup. "Kalau nak buat album pun memang saya ingin berkonsepkan ketuhanan. Saya rasa penting untuk kita beri motivasi kepada masyarakat kerana sekarang ini ramai orang yang mengalami tekanan dan depresi. "Kalau saya ingin membuat lagu, saya ingin menyanyikan lagu ketuhanan. Daripada dulu saya menyanyi pun memang saya terapkan mahu menaikkan semangat orang lain. "Saya sekarang memang dah tak dengar lagu lain dah. Saya hanya mendengar lagu-lagu Dewa. Saya rasa lirik yang dibuat oleh Ahmad Dhani begitu sampai dengan jiwa saya," katanya. Dalam perkembangan lain, Fazura bakal muncul sebagai juri dalam sebuah program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu Innovathon. Innovathon merupakan sebuah program yang memaparkan kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu sosioekonomi. Pertandingan yang buat julung kali diterbitkan secara besar-besaran menerusi Astro menyaksikan seramai 1,033 penyertaan dari seluruh negara dengan menampilkan peserta termuda berusia tujuh tahun dan tertua pula berusia 73 tahun. Bagi aktres berkenaan, menerusi program tersebut dia bukan hanya bertindak untuk memberi markah kepada peserta tetapi turut terinpirasi melihat inovasi yang dilakukan mereka. Fazura mahu menyanyi lagu berunsurkan ketuhanan. "Saya berasa bangga dapat menyertai program seperti kerana sebagai juri, saya bukan hanya memberikan markah tetapi mereka juga memberi inspirasi buat saya dalam memikirkan soal perniagaan," jelasnya. Program ini akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula 15 Julai 2021, pukul 9 malam di Astro Ria. Manakala program ini akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro Showcase, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!