suria

[V] Perempuan bertudung menari sakan undang kecaman, rupanya adik peserta Big Stage 2023

Video Afrina menari tular di media sosial.

VIDEO aksi remaja perempuan bertudung yang dilihat menari sakan di ruang penonton dalam program Big Stage 2023 (BS2023) Ahad lalu rupa-rupanya adik kepada peserta program berkenaan iaitu Aufa Hanie.

Afrina atau Nur Afrina Hanie Mohktar, 18, berkata, ada segelintir pihak yang salah faham menyangka kakaknya yang menari dalam video berkenaan kerana wajah mereka dikatakan mirip.

"Sebenarnya saya tak menyangka video tersebut viral tapi ada pula orang keliru menganggap wanita yang menari itu adalah kakak saya kerana wajah kami seiras.

afrina1 - 1

Afrina minat menari sejak kecil.

"Macam mana pula dia (Aufa) nak menari sedangkan dia merupakan seorang peserta," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial seorang remaja perempuan sakan menari lagu Sengol Sengolan Cubit Cubitan nyanyian asal Mas Idayu sebelum program berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie menangis fikir cara pikat juri, puas hati akhirnya dapat markah tinggi di suku akhir 'Big Stage'

ARTIKEL BERKAITAN: Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat tersingkir, 6 peserta berentap rebut gelaran juara Big Stage 2023

Aksi lincah tarian Afrina bersama beberapa lelaki dirakam oleh penonton yang turut hadir dalam program tersebut menjadi bualan hangat netizen kerana kurang senang dengan aksi dipamerkan memandangkan dia memakai tudung.

Dalam pada itu, Afrina berkata, ia bukan kali pertama dia melakukan aksi sedemikian sebaliknya sejak minggu pertama BS2023 berlangsung dia memang gemar menari ketika program dihentikan untuk memberi laluan kepada iklan.

Jika tidak menari di tepi tangga dewan itu sekali pun, saya tetap akan menari di atas pentas.

AFRINA HANIE

Bagaimanapun Afrina sedar tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang memandangkan imej bertudung tidak sesuai dengan aksi sedemikian.

"Saya sedar ramai yang mengatakan tindakan saya itu seperti kurang sopan. Saya juga manusia biasa. Saya masih mencuba untuk menjaga imej bertudung.

"Tapi jika saya tidak menari di tepi tangga dewan itu sekali pun, saya tetap akan menari di atas pentas. Cuma bezanya orang tak biasa lihat saya dan kebetulan pula video itu viral.

"Ramai sahaja sebenarnya menari di situ... Saya hanya berseronok dengan penonton lain tetapi saya pula yang viral," jelasnya.

Tambah Afrina, keluarganya juga tidak memberi sebarang komen selepas melihat video tular itu kerana memahami minatnya dalam dunia tarian sejak kecil lagi.

afrina2 - 1

Aksi lincah Afrina menari jadi perhatian.

Malah Afrina memberitahu dia sebenarnya adalah seorang penari dan pernah menuntut di Sekolah Seni Kuala Lumpur.

"Menari adalah minat saya sejak kecil lagi. Saya hanya menari mengikut tempo dan lirik," ujarnya.

"Bila video itu viral juga, keluarga saya mahupun Aufa tidak menegur apa-apa kerana mereka sememangnya tahu saya seorang penari," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain