suria

Alami pendarahan akibat tonsil pecah, kena denggi pula... Tyzo selamat jalani pembedahan telinga dan tekak

Tyzo menderita sakit tonsil.

PENYAMPAI radio Suria FM Tyzo akhirnya selamat menjalani pembedahan membuang tonsil selama enam jam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam pada Selasa lalu.

Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris berkata, dia sepatutnya menjalani pembedahan berkenaan bulan lalu namun ia ditangguhkan susulan doktor mengesan dia dijangkiti demam denggi.

Bagaimanapun doktor terpaksa meneruskan pembedahan tersebut selepas nanah pada bahagian tonsil itu pecah dan berlaku pendarahan tanpa henti selama tiga jam.

"Saya selesai menjalani pembedahan di bahagian telinga dan tekak bagi membuang tonsil. Masalah tonsil saya sudah dua kali jadi sangat teruk.

tyzo1 - 1

Tyzo bersyukur pembedahan berjalan lancar.

"Paling tragis sampai saya pasrah antara hidup dan mati apabila dalam kesakitan doktor beritahu saya dijangkiti denggi pula sampai platlet darah jatuh ke tahap 22.

"Disebabkan nanah pada tonsil pecah dan berlaku pendarahan, doktor terpaksa minta bantuan Pusat Darah Negara sebelum melakukan pembedahan membuang nanah bulan lalu," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Tyzo memberitahu dia sebenarnya sudah menderita masalah tonsil sejak 25 tahun lalu namun apabila doktor menasihatinya melakukan pembedahan dia enggan kerana bimbang berdepan masalah vokal.

ARTIKEL BERKAITAN: "Rasa nak menitis air mata" - Shiera dan Tyzo sebak dengar pendedahan seorang pemanggil, celoteh ‘Suria Petang’ selamatkan satu nyawa

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara terlalu lantang dalam radio, Tyzo digelar 'DJ koyak'... "Saya bangga tapi kalau nak tegur guna otak"

Bagaimanapun kata Tyzo, sejak dua tahun kebelakangan ini masalah tersebut menjadi semakin parah sehinggalah sekitar bulan lalu, dia gagal menanggung kesakitan yang semakin teruk.

"Kali ini pembedahan terpaksa dilakukan sebab bimbang berlaku masalah lain seperti kanser. Kebetulan gegendang telinga saya turut mengalami masalah.

"Jadi pada Rabu lalu doktor melakukan dua pembedahan iaitu di bahagian telinga dan tekak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya dalam proses pemulihan," katanya.

Kali ini pembedahan terpaksa dilakukan sebab takut jadi kanser.

TYZO

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Sementara itu, Tyzo berkata, dia akan kembali bersiaran di Suria FM dalam tempoh dua ke tiga minggu lalu sehingga tahap kesihatannya kembali pulih.

"Insya Allah dalam dua ke tiga minggu saya akan kembali ke konti. Memang rasa sedih apabila mengalami masalah ini, maklum sahaja tugas sebagai deejay menggunakan suara dan telinga.

"Saya perlu berehat sebelum dapat kembali ke konti Suria FM," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain