suria

Big Stage perkenal siapa Firdaus Rahmat, bukan sekadar penyanyi tetapi komposer dan penulis lirik 

Firdaus akur dengan keputusan yang tertulis buatnya.

PENYANYI Firdaus Rahmat tidak akan mensia-siakan perhatian dan populariti diraih sepanjang menyertai program Big Stage 2023.

Meskipun gagal menempatkan diri ke peringkat akhir namun kata Firdaus, 25, program itu sedikit sebanyak telah memperkenalkan dirinya bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi komposer dan penulis lirik.

"Peluang masuk Big Stage buat saya semakin dikenali, ramai tak tahu saya juga seorang komposer dan penulis lirik.

ASTRO_2789

Firdaus berduet bersama Ismail Izzani menerusi lagu Stay.

"Sebelum ini orang mungkin tahu saya penyanyi tetapi tidak mengenali siapa saya. Alhamdulillah banyak saya belajar bila menyertai Big Stage.

"Saya akan gunakan semua pengalaman untuk memperbaiki karier saya selepas ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat tersingkir, 6 peserta berentap rebut gelaran juara Big Stage 2023

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tak nak tengok muka ketat” - Sakan bergelek dengan Kak Lina, aksi Ajai berlaku secara spontan

Selain Firdaus, pasangan duo Dem Lepak Boyz diumumkan peserta tersingkir pada separuh akhir Big Stage yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada malam Ahad lalu.

Sebelum ini orang cuma tahu nama sahaja tapi tak tahu siapa saya.

FIRDAUS RAHMAT

PERSERTA BIG STAGE 2023

Berkongsi perancangan selepas ini, Firdaus berkata, dia bakal melancarkan single terbaharunya dalam masa terdekat khas buat peminat dan penyokongnya.

Katanya, meskipun gagal mara ke peringkat akhir dia akan meneruskan perjuangan untuk terus kekal dalam industri apatah lagi kariernya baru bermula.

ASTRO_2605

Firdaus rancang keluarkan single selepas ini.

"Selepas ini saya akan keluarkan single terbaharu dalam masa terdekat. InsyaAllah dalam bulan ini lagu akan siap.

"Bila dah terkeluar ini takkan saya nak berhenti di tengah jalan. Kita pun kena teruskan apa yang perlu untuk terus kekal dalam industri.

"Saya percaya Tuhan nak beri yang lebih baik lagi. Saya akur dengan keputusan malam ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain