suria

Cukup satu malam! Anuar Zain tiada perancangan tambah hari konsert sempena 40 tahun dalam dunia seni

Anuar mahu fokus untuk memberikan terbaik buat peminat.

PENYANYI Anuar Zain tidak merancang untuk menambah hari konsert Anuar Zain 40 Tahun (AZ40) yang akan berlangsung pada 28 Oktober depan meskipun ramai peminat menyatakan keterujaan untuk menghadiri persembahan berkenaan.

Kata Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, dia mahu memberikan persembahan terbaik buat penonton yang hadir dan berjanji akan mengadakan konsert lain jika masih ada sambutan.

“Kalau ada yang nak konsert lain, kita akan buat pada masa akan datang. Tetapi untuk konsert ini hanya satu malam sahaja.

anuar zain 33

Anuar janjikan persembahan yang berbeza buat peminat.

“Saya nak berikan yang terbaik. Saya takut tak boleh nak fokus kalau ada buat untuk dua malam. Setiap penyanyi berbeza, untuk saya cukup berikan yang terbaik hanya satu malam,” katanya kepada mStar.

Anuar ditemui ketika sidang media konsert berkenaan yang berlangsung di Petaling Jaya pada Rabu.

Tambah Anuar juga dia sudah menyemak tarikh tersebut terlebih dahulu supaya tidak bertindih dengan mana-mana rakan artis lain yang juga mahu membuat konsert.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Anuar Zain tolak jadi juri, paling takut dengan kecaman peminat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak reti nak berjoget” - Anuar Zain enggan ikut trend media sosial, tidak mahu malukan diri

Katanya, sebagai seorang penyanyi dia harus menghormati rakan artis lain dan enggan bersaing mengadakan konsert untuk peminat.

“Sebelum nak tetapkan tarikh konsert saya dan periksa dahulu jadual persembahan artis lain. Rasanya tidak elok kalau bertindan atau tarikh dekat dengan konsert lain.

“Saya selalu memikirkan tentang orang lain juga. Kalau boleh tak nak kacau artis lain. Saya perlu hormat rakan artis juga,” ujarnya.

Rasanya tidak elok kalau bertindan atau tarikh dekat dengan konsert lain

ANUAR ZAIN

PENYANYI

Bercakap tentang persediaan konsert, Anuar lebih memberi tumpuan kepada persiapan stamina dengan melakukan senaman bersama jurulatih peribadi.

Dia juga mendapat kerjasama pasukan yang sudah memahami kehendaknya dalam setiap persembahan.

“Saya bekerja dengan orang-orang yang sudah biasa dengan saya. jadi tak perlu nak fikirkan hal-hal lain kerana mereka tahu apa yang saya mahukan.

anuar zain 11

Konsert AZ40 rai ulang tahun ke-40 Anuar sebagai penyanyi.

“Jadi saya lebih fokus kepada stamina. Saya minta jurulatih untuk memberi fokus kepada latihan paru-paru bagi menjaga stamina,” jelasnya.

Konsert AZ40 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam dan tiket akan mula di jual di www.jiotix.asia bermula 12 Julai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain