suria

Rimas dibandingkan dengan artis lain, Ernie Zakri kasihan peminat buang masa sakitkan hati sendiri

ErnieZakri enggan melatah apabila ada peminat membandingkan dirinya dengan artis lain.

PENYANYI Ernie Zakri kekal tenang meskipun perlu berdepan dengan peminat fanatik selebriti lain yang gemar membandingkan dirinya dengan artis kegemaran mereka.

Mengakui ada kalanya rimas dengan tindakan itu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, bagaimanapun berkata dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana menyedari ada antara peminat itu masih muda.

"Rimas memang rimas tapi kasihan pun ada, saya rasa macam sudah-sudahlah, kenapa nak buat perbandingan dan pergaduhan?

"Tapi bila fikir balik, saya anggap ia perkara yang biasa kerana setiap orang ada kebebasan menulis dan mereka akan sentiasa bercakap. Saya tak boleh nak hentikan perkara itu.

Snapinsta.app_355070172_219904490933323_9196837759329947579_n_1080

Ernie tenang layan komen negatif di media sosial.

"Apa yang saya boleh buat cuma balas semula dengan benda yang baik sebab kita tak tahu yang buat itu kadang budak-budak baru 16 atau 17 tahun," katanya kepada pemberita.

Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui di Ernie Zakri Singing Ceremony yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Ernie juga menganggap peminat yang agresif itu hanya ingin mempertahankan penyanyi kegemaran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tolong pantau pentaksub anda!” - Ernie Zakri minta peminat henti bertelagah, tiada masalah dengan Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sangka job ini kacang saja” - Ernie Zakri rasa tertipu, menyesal terima tawaran berlakon

Namun dia meminta agar peminat berkenaan tidak meninggalkan komen yang boleh menyakitkan hati orang lain.

"Kalau dulu saya dapat komen-komen macam itu mungkin rasa tak seronok. Tapi bila fikir balik, peminat sebenarnya menyayangi penyanyi mereka.

"Saya tak kisah kalau mereka nak pertahankan penyanyi mereka tapi kalau sampai caci maki saya tak rasa ia bagus.

"Apabila saya rasa ia keterlaluan baru saya kata... sebab media sosial saya bukan untuk kongsi kerjaya sahaja tapi berkomunikasi dengan peminat," katanya lagi.

Saya ini kadang kasihan dengan peminat, mereka tak tahu kita ini ada hubungan baik.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

Kata Ernie, tindakan peminat itu seolah-olah membuang masa dan tenaga kerana hubungannya dengan rakan artis lain dalam keadaan baik.

"Saya ini kadang kasihan dengan peminat, mereka tak tahu kita ini ada hubungan baik dengan rakan-rakan artis. Alhamdulillah.

"Mereka ini peminat yang terlalu bijak sehingga sanggup buang tenaga dan buat sakit hati sendiri sedangkan kita dengan penyanyi itu baik saja.

Snapinsta.app_354831454_1007793027019881_9018699642964077714_n_1080

Hubungan Ernie dan rakan artis lain baik-baik saja.

"Peminat seperti itu adalah normal cuma penyanyi itu sendiri yang kena pilih nak jadikan ia sebagai apa. Kita nak jadi macam mereka atau sebaliknya," ujarnya.

Sebelum ini, Ernie tercalon dalam senarai Top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 35.

Namun disebalik kegembiraan penyanyi berkenaan terdapat netizen yang seolah-oleh menyindir Ernie dengan menyatakan hanya ahli keluarga sahaja yang mengundi dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain