suria

“Tak perlulah tulis macam ni” - Nad Zainal minta individu jaja kisah rumah tangganya segera bertaubat

Nad kesal berita palsu tentang rumah tangga dijadikan bahan promosi produk.

BERITA palsu kisah rumah tangga pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail menjadi bahan terbaharu individu tidak bertanggungjawab mempromosikan produk jualan di medium media sosial.

Kesal dengan tindakan itu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia bimbang jika berita tidak benar itu mengundang salah faham dalam kalangan peminat.

"Kalau iya pun nak jual barang, tak perlu tulis macam ini. Dah netizen percaya. Atau ada Nad Zainal lain?

nad zainal 3

Nad menyelar tindakan individu tidak bertanggugjawab.

"Nad yang ini (dirinya), yang tulen, jaranglah nak buka mulut canang kisah rumah tangga.

"Penat sis tekan link, bagi link tapi rupanya suruh shopping... Semoga bertaubat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ungku Ismail, Nad Zainal kini suami isteri... Pereka fesyen kongsi cerita persiapan mempelai

ARTIKEL BERKAITAN: Berpakaian serba putih sambil berpegangan tangan di masjid, Nad Zainal dan Ungku Ismail dihujani ucapan tahniah

Nad menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam tangkap layar yang dikongsi, pautan laman tersebut menulis luahan Nad yang mula tidak selesa dengan kehidupan rumah tangga bersama Ungku Ismail.

Bagaimanapun perkongsian itu tidak menjelaskan secara terperinci masalah pasangan ini, namun dibimbangi boleh menimbulkan salah faham kononnya perkahwinan mereka sedang berdepan kemelut.

"Saya nak jaga mood di set. Jangan suka buat kelakar di sosial media. Nanti ramai yang lurus percaya.

"Farah Othman lah yang jelaskan sebab Farah Nadia nak shoot," kata Nad lagi.

nad zainal 2

Nad dan Ungku menjadi mangsa individu mempromosi produk jualan.

Sementara itu, suaminya iaitu Ungku Ismail atau Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 37, turut meluahkan rasa kurang senang dengan kaedah mempromosi sebegitu.

"Kalau saya lagi menyampah ada la yang kuat fitnah, cerita buruk sangka, buat cerita ikut suka sebab nak tutup salah sendiri, menghasut orang," tegasnya.

Untuk rekod, Nad dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain