NAMA pelakon dan model Nia Atasha menjadi sebutan ramai dan mula tular di media sosial selepas dia mengumumkan dipilih sebagai wajah kempen baharu jenama antarabangsa Victoria Secret. Bangga dengan pencapaian itu, Nia, 27, juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita berbangsa Melayu pertama bekerjasama dengan jenama tersebut. Kata Nia, sebagai seorang model dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi model bagi koleksi jenama itu. Nia terus melebarkan sayap bekerjasama dengan jenama antarabangsa. "Ini merupakan satu penghargaan buat saya. Saya sudah lama impikan menjadi model kempen Victoria Secret sejak mula dalam bidang ini," ujarnya dalam satu temu bual. Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Nia juga berkongsi perasaan teruja ketika hadir pada majlis pelancaran dan kolaborasinya kali ini. "Sejujurnya saya masih cuba proses untuk berfikir semua ini. Saya tidak akan percayakan ini," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sering sakit sampai pengsan di pentas ‘Dangdut Academy Asia’, Beby Acha hampir putus asa rasa nak balik Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali mahu teman wanita kejar cita-cita sebelum kahwin Selain Nia, Miss Universe Malaysia 2018 iaitu Jane Teoh juga dipilih menyertai kempen sama. Bagaimanapun di sebalik kejayaan ini, ada juga dalam kalangan netizen yang mempertikaikan prestasi Nia. Nia bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebagai model. Mereka menganggap Nia tidak sepatutnya bermimpi untuk untuk menjadi model bagi jenama yang cukup terkenal dengan produk pakaian dalam. Namun ramai juga kalangan rakan artis dan model yang menyokong perjalanan kerjaya Nia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!