suria

Sering sakit sampai pengsan di pentas ‘Dangdut Academy Asia’, Beby Acha hampir putus asa rasa nak balik Malaysia

Beby kerap mengalami sakit di Indonesia.

GARA-GARA masalah kesihatan yang dialaminya, penyanyi Beby Acha mengakui hampir berputus asa sepanjang menyertai program Dangdut Academy Asia musim keenam (DAA6).

Kata Beby atau Nur Aishah Md Shari, 32, dia terpaksa berulang-alik ke hospital di Jakarta, Indonesia disebabkan mengalami batuk dan selsema selain sakit pada bahagian jahitan akibat pembedahan apendiks pada April lalu.

"Mungkin disebabkan terlalu seronok di sini sehingga saya lupa pernah jalani pembedahan. Luka sebelum ini pun belum betul-betul sembuh lagi. Saya juga selalu batuk dan selsema. Jadi banyak kali ulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

beby acha 2

Beby akui sukar bersaing di pentas DAA6.

"Saya tidak boleh duduk di wad sahaja kerana banyak terlibat dengan aktiviti di sini (Indonesia). Mujurlah hospital berdekatan dengan tempat kami tinggal, jadi mudah untuk dapatkan rawatan.

"Kalau difikirkan masalah kesihatan ini memang buat saya down dan rasa nak balik Malaysia. Saya hampir berputus asa sebab asyik sakit di sini," katanya ketika dihubungi mStar pada Selesa.

Beby sebelum itu berkongsi gambar dia menerima rawatan di hospital dan turut memohon doa peminat agar dia segera sembuh sekaligus dapat meneruskan perjuangan dalam program berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari terseksa sakit perut, Beby Acha akhirnya selamat jalani pembedahan apendiks

ARTIKEL BERKAITAN: Beby Acha masuk hospital akibat denggi, badan lemah tak boleh cakap banyak... “Mungkin ada jangkitan kuman pada paru-paru”

Tambah Beby, sokongan dan harapan keluarga juga menjadi semangat untuk dia kekal bertahan dan cuba untuk melakukan yang terbaik.

"Minggu lalu ketika sesi latihan, saya pengsan di atas pentas. Memang orang nampak saya macam sihat ketika membuat persembahan namun ramai tidak tahu sakit yang saya alami.

Kalau difikirkan masalah kesihatan ini memang buat saya down dan rasa nak balik Malaysia

BEBY ACHA

PENYANYI

"Minggu ini pun dalam keadaan yang kurang sihat, saya rasa macam dah tak mampu bertanding. Namun keluarga sentiasa memberi semangat. Peluang ini datang hanya sekali sahaja," ujarnya.

Bercakap tentang penyertaannya kali ini, Beby berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk tersenarai sehingga ke peringkat akhir.

Bagaimanapun pengalaman bertemu dengan peserta lain dari lapan buah negara berbeza merupakan peluang berharga selain dapat menimba ilmu baharu.

beby acha 3

Beby bersama rakan peserta dari Malaysia.

"Untuk musim kali ini, kami tinggal di asrama. Jadi hubungan antara semua peserta sangat rapat. Walau berbeza dari segi bahasa, namun kami boleh jadi rapat.

"Untuk sampai ke minggu akhir itu memang sukar sebab semua peserta sangat hebat. Saya sedar kemampuan saya dalam menyanyikan lagu dangdut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain