suria

Selamba bertepuk tangan dengan penyanyi baharu, Hawa Rizwana mohon maaf khilaf soal pergaulan

Hawa mohon maaf atas kekhilafannya.

BERSENTUHAN tangan dengan personaliti media sosial yang juga merupakan penyanyi baharu iaitu Sid Murshid dalam satu rakaman video, pengacara Hawa Rizwana menerima kecaman netizen.

Rata-rata peminat berasa kurang senang dengan tindakan spontan Hawa itu dilihat kurang sesuai dengan imej berhijab dibawa olehnya.

Menjawab mengenai perkara itu, Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28, berkata, dia menganggap teguran peminat itu tanda mereka masih menyayangi dirinya.

hawaa - 1

Hawa akan berusaha untuk cuba menjaga batas pergaulan.

Dia juga dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan itu.

"Saya hargai keprihatinan yang menegur. Saya bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Teruk Hawa Rizwana kena hentam isu berpakaian ketat, ‘angle’ gambar punca nampak seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak minta maaf kepada Khai Bahar, terkejut gambar dengan Hawa Rizwana kecoh satu Malaysia

"Saya juga ingin meminta maaf atas kekhilafan ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Hawa berjanji akan lebih menjaga batas pergaulan dengan mana-mana lelaki selepas ini.

Saya hargai keprihatinan yang menegur. Saya bersyukur kerana ramai yang menyayangi saya.

HAWA RIZWANA

PENGACARA

"Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga kesopanan dengan sesiapa pun yang saya bergaul selepas ini," jawabnya ringkas.

Sebelum ini, video memperlihatkan Hawa bersama Sid Murshid atau Murshid Mahmud, 30, bersama-sama menyiapkan menu nasi goreng tular di aplikasi Instagram.

Dalam video berkenaan, Hawa memberikan tepukan 'high five' dengan Sid Murshid, sekaligus mengundang kritikan netizen berikutan pengacara program MeleTop ini terkenal dengan imej muslimah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain