suria

Dua album tak laku buat Ernie Zakri mahu berhenti menyanyi, tapi sedar ‘sendu’ sebab salah sendiri

Ernie pernah putus asa untuk terus menjadi penyanyi.

PENYANYI Ernie Zakri mendedahkan dia pernah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang nyanyian selepas dua albumnya berjudul Sinaran dan Mencari Diriku yang dilancarkan pada 2011 tidak mendapat sambutan.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, ketika itu dia membuat keputusan tersebut kerana berasa kecewa dan merasakan rezekinya bukan dalam bidang seni.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila ibunya iaitu Rafiaah Mohamed menghalang keputusan tersebut kerana yakin dengan bakat dimilikinya.

Ernie 1

Ernie syukur dengar kata ibu.

"Pada usia 23 tahun saya pernah buat keputusan mengundurkan diri sebab kecewa album tak laku. Waktu itu, saya fikir cukuplah jadi guru vokal sahaja.

"Saya salahkan orang sekeliling tapi saya lupa rezeki di tangan Allah. Nasib baik saya dengar kata ibu yang tak benarkan saya berhenti dan berputus asa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rimas dibandingkan dengan artis lain, Ernie Zakri kasihan peminat buang masa sakitkan hati sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri puji pelajar MSU, lain macam vibe ‘Metfest 2023’... Waris pula kagum konsert angkat elemen budaya

"Mungkin dia ada firasat anak dia boleh berjaya. Bila dikenang semula, saya bersyukur tak buat keputusan terburu-buru," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ernie berkata, sikap tidak peka dengan keinginan pendengar membuatkan kehadirannya sukar diterima peminat ketika itu.

Bila dikenang semula, saya bersyukur tak buat keputusan terburu-buru.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

"Ketika itu orang lain sudah mula beralih ke media sosial dan platform YouTube bagi mempromosikan diri tetapi saya pula hanya fikir mahu masuk televisyen.

"Jadi saya tidak ada usaha ke arah yang industri inginkan dan hasilnya album tak laku dan nama saya sepi," ujarnya.

Ernie 4

Ernie teruja kembangkan kerjaya bersama Universal Music.

Sementara itu, Ernie yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music tidak sabar menantikan perancangan pihak pengurusan bagi mengembangkan lagi karier seninya selepas ini.

Kata Ernie, sebagai penyanyi yang sudah bertapak lebih 10 tahun, sudah tentu dia mahu mencuba perkara baharu dalam merancakkan lagi kariernya.

"Memang sudah menjadi impian saya untuk bernaung di bawah label Universal Music malah berharap syarikat rakaman dapat membawa karier seni saya ke tahap lebih baik selepas ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain