PELAKON dan pengacara Hawa Rizwana berpuas hati dapat menyertai program realiti adaptasi Korea Selatan iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah yang bakal menemui penonton bermula 30 Julai ini. Ini kerana kata Hawa atau Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 28, dia tidak dapat melakukan banyak aktiviti lasak termasuk menyertai sebarang aktiviti sukan di sekolah kerana dilarang oleh kedua ibu bapanya. "Sejujurnya sewaktu saya membesar, ibu bapa saya tidak memberi keizinan untuk menyertai sebarang aktiviti sukan... mungkin juga kerana dalam adik-beradik saya seorang saja anak perempuan. Hawa mahu memberi kesedaran tentang tugas ahli bomba. "Disebabkan itu apabila pengurus beritahu pihak Astro menawarkan untuk menyertai program realiti ini saya teruja kerana akhirnya saya dapat buat apa tidak dapat lakukan sebelum ini," katanya kepada mStar. Hawa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Real Men Malaysia: Wira Merah yang diadakan di Balai Bomba Jalan Hang Tuah yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana jadi bomba, tak sangka ada semangat juang dalam diri ARTIKEL BERKAITAN: Selamba bertepuk tangan dengan penyanyi baharu, Hawa Rizwana mohon maaf khilaf soal pergaulan Dalam pada itu, Hawa memberitahu sebelum berangkat ke Terengganu selama 22 hari untuk menjalani penggambaran program tersebut, dia berterus terang dengan ibu bapanya dan mereka memberikan restu. "Sewaktu menerima tawaran ini saya tidak berkongsi sangat dengan ibu dan ayah... tetapi beberapa hari sebelum berangkat ke Terengganu, saya berterus terang dengan mereka. Saya sedar sebenarnya tugas bomba juga memerlukan bukan hanya kekuatan fizikal tetapi juga mental. HAWA RIZWANA PELAKON/PENGACARA "Alhamdulillah tak sangka mereka kini lebih terbuka dan memberi sokongan... Setiap hari saya akan membuat panggilan video dengan mereka, sehinggalah ada satu ketika itu, mereka mengesan luka pada bahagian lengan saya. "Tetapi saya cepat-cepat mengelak memberitahu ingin solat dan terus menamatkan panggilan," jelasnya sambil tertawa. Mengulas lanjut tentang pembabitannya dalam Real Men Malaysia: Wira Merah, Hawa memberitahu dia kini mula sedar tentang tugas sebenar anggota bomba. Jasmin (kiri) dan Hawa selaku wakil peserta wanita. Menurutnya, sebelum ini mungkin ramai menganggap tugas ahli bomba hanya untuk memadam kebakaran, namun sebenarnya ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental. "Sebenarnya banyak lagi yang kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan ahli bomba. Sewaktu menjalani latihan juga, saya selalu terfikir mana api ni, kenapa asyik berlatih buat aktiviti berat saja. "Tetapi saya belajar sesuatu apabila ada kebakaran, maka ahli-ahli bomba ini jugalah yang perlu menyelamatkan mangsa... mereka terpaksa lalui banyak rintangan yang berbahaya. Antara barisan peserta Real Men Malaysia: Wira Merah. "Saya sedar sebenarnya tugas bomba juga memerlukan bukan hanya kekuatan fizikal tetapi juga mental," katanya. Selain Hawa, tujuh lagi peserta yang terlibat dalam program realiti adalah pelakon Jasmin Suraya dan Wafiy Aan, atlet negara speed climbing, Mat Redho, pempengruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay dan pengacara Daniel Cheng. Real Men Malaysia: Wira Merah akan ditayangkan pada setiap Ahad pukul 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!