MENGANGKAT keindahan seni azan, Suhan Channel tampil kelainan dengan menerbitkan sebuah pertandingan mencari muazin atau individu yang melaungkan panggilan solat. Bukan sekadar pertandingan melaungkan azan, program ini juga secara tidak langsung memberi kesedaran kepentingan setiap kalimah yang dilafazkan itu memberi makna mendalam bagi umat Islam menunaikan solat. Lebih menarik lagi pemenang tempat pertama dalam tiga kategori yang dipertandingkan akan memenangi pakej umrah selain wang tunai. Pertandingan ini akan diadakan dalam empat peringkat di mana peserta yang ingin menyertai boleh memuat naik video laungan azan mereka di platform media sosial untuk dinilai. Peserta akhir juga akan mendapat bimbingan khas. Borang penyertaan boleh didapati di www.suhanchannel.com. Peserta dalam pertandingan ini akan dinilai berdasarkan pelbagai aspek persembahan azan termasuk kualiti suara, ketepatan nada, ekspresi, emosi, dan keseluruhan persembahan. Seramai 15 peserta peringkat akhir akan dipilih dan mereka akan bertanding dengan memperdengarkan alunan azan secara langsung. ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya dan Hawa Rizwana jadi bomba, tak sangka ada semangat juang dalam diri ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun hadir uji bakat semua ditolak, pandemik buka peluang rakam lagu... Jom kenali penyanyi baharu Hazim Razali Selain itu mereka juga akan mendapat bimbingan daripada tiga murabbi sebelum ke pentas akhir. Tiga kategori yang dipertandingkan adalah mengikut usia dan dibahagikan dewasa, remaja serta kanak-kanak. Seorang juara keseluruhan akan dipilih dari pemenang ketiga-tiga kategori berkenaan. Secara tidak langsung program sebegini juga dapat memperkenalkan bunyi laungan azan berbeza dari setiap negara seluruh dunia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!