BEKAS penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah meluahkan rasa syukur kerana impian dan hasratnya mahu menjadi wali serta menikahkan anak sulung iaitu Saidatul Nadia akhirnya bakal terlaksana. Selain itu, Ismahalil, 50, berkata penantiannya selama dua tahun untuk bertemu ibu iaitu Salbiah Mat Noor, 88, yang sedang sakit juga bakal terlaksana dalam masa terdekat ini. "Mak saya sedang sakit dan saya nak berjumpa dengan dia dulu nanti. Ismahalil gembira dapat bersama keluarganya semula. "Anak saya pun nak menikah pada bulan Oktober ini, jadi Alhamdulilah saya dapat jadi wali pada majlis pernikahan dia nanti," katanya kepada mStar. Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: "Ini kasih sayang Allah kepada saya" - Ismahalil menangis, sujud syukur terlepas hukuman gantung ARTIKEL BERKAITAN: [V] Akaun bank Ismahalil Hamzah kena beku, isteri dalam kesempitan besar 3 anak Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah diakhir kes pembelaannya. Dalam pada itu, Ismahalil memberitahu dia berhasrat untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai pengalaman suka dan duka sepanjang dua tahun menjadi tahanan di Penjara Sungai Buloh. Alhamdulilah saya dapat jadi wali pada majlis pernikahan anak perempuan saya nanti. ISMAHALIL BEKAS PENYAMPAI RADIO "Dua tahun ni banyak berikan pengajaran buat saya, banyak yang saya belajar dan tak mungkin untuk saya bercakap sekarang dalam tempoh yang singkat. "Bagi saya sedikit masa lagi... saya akan kongsikan kepada semua tentang apa yang saya lalui dalam penjara itu," ujarnya. Sementara itu, anak perempuan sulungnya iaitu Saidatul Nadiah, 27, pula menganggap pembebasan bapa itu merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya. "Ini hadiah bermakna buat saya sebab saya bakal berkahwin tak lama lagi," jelasnya. Anak sulung Isma bersama isterinya setia menanti di luar mahkamah. Untuk rekod, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021. Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!