ISTERI kepada pelakon Fadlan Hazim iaitu Aiya Mukhamedsalova tampil memberi penjelasaan berhubung ketiadaan keluarganya semasa majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada Ahad. Menurut Aiya, keluarga yang berada di Kazakhstan tidak dapat hadir disebabkan ibunya kini sedang mendapatkan rawatan kesihatan. Justeru itu, dia memohon orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara itu. Perkongsian Aiya di Instastory miliknya. "Biar saya jelaskan di sini. Kelauarga saya tidak ada sewaktu majlis pernikahan kami kerana ibu sedang menjalani rawatan kesihatan. "Berhenti membuat andaian kerana mereka akan ke sini sewaktu majlis persandingan kami nanti," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan wanita Kazakhstan ARTIKEL BERKAITAN: Fadlan Hazim sedih keluarga isteri tak hadir pernikahan... Tiada perancangan miliki ramai anak Aiya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Aiya turut berkongsi rasa sedih kerana ketiadaan keluarga di hari bahagianya itu. Meskipun sudah berkahwin dengan warga Malaysia, Aiya berkata dia sama sekali tidak akan melupakan asal usulnya. "Sangat sukar untuk saya berkahwin di negara luar terutamanya tanpa keluarga berada di sisi... tolonglah berbaik sangka. "Ya, saya dari Kazakhstan dan tidak lupa asal-usul saya, malah saya berbangga," ujarnya. Aiya mengaku sukar apabila tiada keluarga di sisi sewaktu majlis pernikahannya. Pada Ahad, Fadlan selamat bergelar suami kepada Aiya dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.27 pagi di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Dalam temu bual bersama mStar, Fadlan mluahkan rasa sedih apabila keluarga isterinya tidak dapat menghadiri majlis pernikahan mereka. Disebabkan itu, aktor ini memaklumkan majlis resepsi yang dirancang juga terpaksa ditangguhkan pada Oktober depan bagi membolehkan mereka semua hadir. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!