suria

Afiq Muiz sah cerai talak satu, tarik balik kes nusyuz terhadap Pachara Apin

Afiq dan Pachara bawa haluan masing-masing selepas tiga bulan turun naik mahkamah.

SELEPAS beberapa bulan turun naik mahkamah, pelakon Afiq Muiz akhirnya sah bercerai talak satu dengan isteri, Pachara Apin.

Pasangan ini bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Peguam syarie mewakili Afiq atau Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 31, iaitu Mohd Yazir Sa’at memaklum perceraian mereka dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara.

Afiq 2

Afiq dan Pachara bercerai talak satu.

“Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.

“Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan,” katanya kepada pemberita.

Dalam masa sama Afiq juga setuju untuk menarik semula kes nyusyuz yang difailkan terhadap Pachara atau Nur Aaira Mahadeya, 32.

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz akhirnya muncul di mahkamah, Pachara Apin bawa dua saksi tuntutan fasakh

ARTIKEL BERKAITAN: Afiq Muiz dakwa isteri ada orang lain, tak mudah hadap wajah Pachara Apin selepas diduakan

“Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian,” jelasnya.

Pada 15 Jun lalu, Afiq memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya yang juga aktres Pachara Apin atas tuduhan berlaku curang.

Afiq 3

Afiq dan Pachara berkahwin pada 2019.

Sebelum ini, Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 Mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa Afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

Pelakon itu bagaimanapun hanya mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook miliknya pada 30 November 2022 termasuk memuat naik beberapa foto menunjukkan kecederaan dialami.

Pada Disember 2022 pula, Afiq tampil membuat laporan di Balai Polis Dengkil, Selangor selepas dituduh mencederakan isteri sendiri.

Untuk rekod, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 2019, namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain