BAPA kepada pelakon Hasnul Rahmat iaitu Mustafa Abu Kasim meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi Selasa. Hasnul atau Hasnul Rahmat Mustafa, 52, memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teck Puat, Singapura. Hasnul berkongsi berita duka ini di Instagram miliknya. Aktor itu bagaimanapun tidak memaklumkan punca kematian Allahyarham. "Innalillahwainnalillahirojiun. Ayah saya Haji Mustafa bin Abu Kasim @ Cikgu Haji Rahmat bin Abu Kasim telah menghembuskan nafas akhirnya pagi tadi jam 10.15 pagi di Hospital Khoo Teck,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Engku Emran meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Pahamin Rajab meninggal dunia kena serangan jantung dalam penerbangan ke London Hasnul berkongsi berita sedih itu menerusi Instagram miliknya pada Selasa. Hasnul memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan selepas solat Asar di Masjid Pusara Aman, Singapura. Dalam pada itu, Hasnul turut mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan memberitahu dirinya akan sentiasa merindui arwah. "Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Saya akan merindui ayah... Al-Fatihah yang tertinggi buat ayah," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!