suria

Pengarah filem Wan Saiful terlantar akibat kemalangan jalan raya, terima faedah perlindungan SKSPS Perkeso 

Wan Saiful terlantar sejak terlibat kemalangan sejak Mac lalu.

PENGARAH filem Wan Saiful Wan Shahrizan Wan Nawi menerima bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas mengalami kecederaan parah akibat terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya pada Mac lalu.

Wan Saiful menerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) berserta peralatan sokongan pemulihan commode chair dan lampin pakai buang dewasa kerana dilindungi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) daripada Perkeso sebanyak RM4,960.

Ia berdasarkan cuti sakit selama 120 hari diberi oleh doktor yang merawat pengarah berkenaan.

Perkeso menerusi satu kenyataan media kepada mStar berkata, sebaik mengetahui keadaan Wan Saiful ditimpa kemalangan, Perkeso mengambil tindakan segera membuat semakan caruman dan mendapati pengarah itu merupakan pencarum SKSPS dan layak menerima faedah.

Wan Saiful 2

Wan Saiful menerima faedah SKSPS daripada Mohammed Azman.

Bantuan berkenaan diserahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed ketika menziarahi pengarah berkenaan di kediamannya yang terletak di Rawang, Selangor baru-baru ini.

Mohammed Azman menyerahkan faedah tersebut kepada Wan Saiful yang mencarum dengan SKSPS menerusi inisiatif SPS Padanan Caruman di bawah kategori SPS Seni pada 30 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! ‘Helaian kertas’ jadi hantaran... Pengantin pujuk isteri demi masa depan, SKSSR beri perlindungan ketika musibah

ARTIKEL BERKAITAN: Pantas! Perkeso semak butiran waris tragedi kepala air, bakal terima bayaran faedah segera

Ini bermakna, dia dilindungi SKSPS sehingga 29 Disember 2023.

Menerusi SPS Padanan Caruman, Kerajaan membiayai 80 peratus daripada bayaran caruman SKSPS bagi Pelan Caruman 2 iaitu sebanyak RM186.20 manakala individu bekerja sendiri hanya perlu membayar baki 20 peratus atau RM46.60 untuk mencukupkan bayaran Pelan 2 Caruman SKSPS bernilai RM232.80 bagi perlindungan selama 12 bulan.

SKSPS, di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), memberi perlindungan kepada golongan bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan

sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan perjalanan sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.

Wan saiful 4

Wakil Perkeso dan Profima yang turut hadir menziarahi Wan Saiful di kediamannya.

Selain FHUS, Skim ini juga menyediakan manfaat seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, dan Faedah Pinjaman Pendidikan.

Untuk memudahkan individu bekerja sendiri mendapat perlindungan SKSPS, Perkeso menyediakan empat (4) Pelan Caruman mengikut pilihan masing-masing dengan caruman serendah RM157.20 setahun atau RM13.10 sebulan.

Sehingga 9 Julai 2023, seramai 2,775 anak seni aktif mencarum di bawah Akta 789 Perkeso telah meluluskan 27 tuntutan faedah SKSPS yang melibatkan Sektor Kesenian, membabitkan jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM80,117 sejak tahun 2020.

Wan Saiful 23

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Turut mengiringi kunjungan itu termasuk Presiden Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima) iaitu Khalil Salleh, Setiausaha Profima Zaidatul Shima Mohamad Hanafiah, Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Mohamad Haron Othman dan Pengarah Perkeso Negeri Selangor Ismail Abi Hashim.

Pada 16 Mac lalu, Wan Saiful bersama rakan produksi mengalami kemalangan di KM 269 Lebuhraya Utara Selatan arah utara ketika menuju ke Perlis bagi membuat tinjauan lokasi penggambaran filem Aku Awang Belanga.

Pengarah itu dikerjarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak untuk menerima rawatan dan dimasukkan ke wad selama 12 hari.

Akibat kemalangan itu, Wan Saiful mengalami kecederaan serius termasuk mengalami patah paha kanan, patah tulang belakang, patah rusuk kiri dan kanan serta lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain