suria

“Orang negatif tiang pun nampak seksi” - Amelina pertahankan genre dangdut, tarian gelek cara hiburkan peminat

Amelina harap Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur dapat buka mata ramai.

PENYANYI Amelina menyedari genre dangdut sering kali dipandang negatif oleh masyarakat disebabkan faktor tarian serta gelekkan yang dipersembahan.

Dalam hal ini, Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 49, berkata setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan penonton dan peminat.

"Bagi saya setiap penyanyi dangdut ada cara tersendiri untuk bawa genre itu. Mungkin dia rasa nak bawa karakter (bergelek) itu.

"Saya pun sejak memperjuangkan irama dangdut ini tiada bergelek atau nampak lucah tapi biasalah pemikiran orang.

Amelina anggap setiap penyanyi dangdut ada cara tersendiri.

"Kalau orang itu negatif, tiang pun dia boleh nampak seksi," katanya.

Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amelina mengakui irama dangdut mempunyai peminat tersendiri sehingga kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Amelina takut kecewa lagu baharu tak dapat sambutan, sedar genre dangdut sudah tenggelam

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua kisah lama saya dah buang” - Amelina enggan nama dikaitkan dengan lelaki seret isteri

Disebabkan sokongan dan permintaan itu membuatkan dia masih mampu bertahan dan menyara anak-anaknya dengan genre tersebut.

"Bagi saya peminat dangdut ini tetap ada, saya pernah hilang 15 tahun. Kalau ikutkan orang dah tak ingat tapi dangdut ini ada kelompok peminat dia sendiri.

"Saya buat persembahan di acara korporat dan ke mana-mana, siapa kata dangdut ini tidak ke mana," ujarnya.

Saya tak anggap diri saya sebagai pilihan kedua dan saya rasa tak wujud istilah pilihan kedua.

AMELINA

PENYANYI

Bercakap mengenai Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur pada September depan, Amelina berkata dia tidak berkecil hati apabila menjadi pilihan kedua untuk menggantikan penyanyi asal Baby Shima.

"Saya tak anggap diri saya sebagai pilihan kedua dan saya rasa tak wujud istilah pilihan kedua. Bagi saya penganjur mungkin tidak berpeluang untuk jumpa saya lebih awal kerana jadual.

"Saya tahu tahap saya dimana dan saya anggap ini sebagai peluang memandangkan bukan senang konsert dangdut boleh diadakan di Malaysia.

"Bagi saya yang sudah mempunyai puluhan lagu dangdut jadi saya terbuka hati untuk melakukan persembahan dalam konsert yang menggabungkann penyanyi Malaysia dan Indonesia.

Amelina gembira jadi sebahagian Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur.

"Saya cuma nak orang buka mata tentang dangdut Malaysia, yang mana inilah saya perjuangkan. Jadi saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada konsert ini," kongsinya.

Konsert yang dijadualkan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor itu pada asalnya menampilkan Baby Shima.

Namun konsert itu terpaksa ditunda pada 30 September depan dan Amelina dipilih menggantikan Baby Shima yang tidak dapat menyertai berikutan komitmen lain.

Selain Amelina dan Ani Mayuni, penyanyi dangdut Indonesia seperti Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina dan Rheyna Morena akan turut serta di konsert Goyang Asia-Koplo Milenia itu nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain