suria

Neelofa pilih pantang secara tradisional, import ‘Kak Dib’ dari Besut

Neelofa import bidan dari Terengganu untuk pantang anak kedua.

HASRAT pengacara dan usahawan Neelofa yang mahu berpantang secara tradisional tertunai apabila dapat menggunakan khidmat seorang bidan dari Besut, Terengganu untuk menjalani tempoh berpantang.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor, 34, berkata, dia memilih berpantang kaedah itu kerana ia lebih dekat dengan dirinya.

“Alhamdulillah ada rezeki saya bawa Kak Dib jauh dari Besut, Terengganu untuk duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya berpantang secara tradisional.

neelofa 22

Neelofa seronok berpantang secara kampung.

Lebih tenang dan dekat di hati saya yang asalnya pun dari kampung,” katanya.

Neelofa berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada pagi Rabu.

Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa turut berkongsi beberapa bahan yang digunakan semasa tempoh berpantang.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdullah Abbas nama bayi kedua Neelofa dan Haris

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan Haris timang bayi lelaki, umum nama anak hari ketujuh kelahiran

Dalam pada itu, Neelofa berkata, tempoh berpantang kali ini dia ingin memfokuskan kepada mendapatkan berat badan idamannya.

Kata Neelofa, dia mensasarkan untuk mendapatkan berat badan sebanyak 55 kilogram.

"Dalam perjalanan 55 kilogram," kongsinya.

neelofa 1

Neelofa dan PU Riz sepakat pilih nama Abdullah Abbas untuk anak kedua.

Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur dan memilih nama Abdullah Abbas.

Sebelum, Neelofa bersama suaminya iaitu Muhammad Haris Ismail, 28, sepakat memilih Abdullah Abbas sebagai nama anak keduanya itu.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain