suria

Arieff Yong dedah sikap ‘diva’ segelintir influencer, bimbang makan diri

Bagi Arieff lakonan tidak sama dengan pencipta kandungan media sosial.

INFLUENCER Arieff Yong tidak bersetuju sekiranya pempengaruh media sosial yang terjun ke dalam bidang lakonan diberi bayaran tinggi kerana tidak mempunyai asas dalam bidang berkenaan.

Arieff atau Arieff Effendy Yong, 28, sebaliknya berkata, karier sebagai seorang pelakon dan pencipta kandungan media sosial berbeza kerana pelakon berpengalaman mempunyai asas dalam bidang lakonan.

"Pada saya sebagai pempengaruh kalau nak caj bayaran yang terlalu tinggi ini memang tak patut sebab sudah jelas ia adalah dua perkara berbeza.

"Pencipta kandungan media sosial tidak sama dengan lakonan... influencer tak ambil kelas lakonan seperti pelakon sedia ada," katanya kepada mStar.

arieff2 - 1

Arieff mendedahkan ada segelintir pempengaruh bersikap diva.

Dalam pada itu, Arieff memberitahu jika hasil lakonan diberikan pempengaruh tidak mencapai standard ditetapkan maka bayaran diterima adalah tidak berbaloi kepada pihak produksi.

"Jika pihak produksi bayar kita dengan harga tertentu, sudah tentu mereka mahukan hasil lakonan yang baik tapi jika sebaliknya berlaku... sudah tentu ia tak berbaloi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara cakap Kelantan pesan minuman dianggap biadab, persenda barista

ARTIKEL BERKAITAN: "Boleh cakap English sikit terus nak buka kelas..." - Kemampuan lelaki Melayu cakap Inggeris dipertikai

"Saya berpendapat pempengaruh yang mengenakan caj tinggi mereka tidak berfikiran jauh. Mereka hanya fikir mempunyai pengikut ramai dan mahu menjadi artis," katanya.

Sementara itu, Arieff mendedahkan ada segelintir influencer yang disifatkan bersikap angkuh hanya kerana merasakan sudah mempunyai pengikut yang besar.

Bagi Arieff, sikap tersebut hanya memberikan impak buruk kepada individu tersebut dan menasihatkan agar mereka bersikap merendah diri.

Saya pasti sekiranya mereka meneruskan sikap begini (berlagak) ia akan memakan diri di kemudian hari.

ARIEFF YONG

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

"Sejujurnya saya sendiri tahu ada beberapa influencer yang bersikap ‘diva’ kerana mereka menganggap diri mereka sudah gah di media sosial.

"Tapi sebenarnya nama mereka tiadalah besar mana... mungkin disebabkan kejutan budaya mendapat perhatian secara maya mereka rasa diri mereka popular.

arieff1 - 1

Arieff menganggap pempengaruh tiada hak minta bayaran tinggi.

"Saya pasti sekiranya mereka meneruskan sikap begini (berlagak) ia akan memakan diri di kemudian hari," katanya.

Untuk info, Arieff sebelum ini dikenali kerana perkongsian video berbentuk komedi loghat British sering tular di media sosial.

Arieff mempunyai seramai 890,000 pengikut di TikTok dan 200,000 di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain