suria

Bang Yong Guk hentikan konsert seketika, bagi peluang penonton solat Maghrib

Yong Guk juga menunduk hormat sebelum meninggal pentas untuk waktu rehat.

MEMAHAMI kepelbagaian budaya dalam kalangan peminat di Malaysia, penyanyi Bang Yong Guk bertindak menghentikan seketika persembahan bagi menghormati waktu solat Maghrib.

Yong Guk berbuat demikian ketika tampil sempena konsert The Colors of Bang Yong Guk yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Penyanyi itu yang memulakan persembahan pada lewat petang secara tiba-tiba meminta waktu rehat bagi memberi laluan kepada peminat untuk menunaikan solat.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan kurus kering Rose Blackpink jadi tumpuan, peminat bimbang sampai nampak tulang rusuk

Malah dia sendiri yang mengumumkan telah masuk waktu Maghrib di atas pentas dengan bantuan seorang penterjemah.

"Sekarang kita ada masa untuk sembahyang, kita akan mulakan semula sebentar lagi," katanya ketika di atas pentas.

Dalam masa sama, dia juga turut menerangkan kepada penonton yang hadir tentang keperluan untuk berehat pada waktu tersebut bagi peminat di Malaysia.

bang yong guk 2

Tindakan Yong Guk mendapat pujian ramai.

Difahamkan ucapan tersebut juga dibuat atas permintaan Yong Guk sendiri yang daripada awal sudah sedia maklum mengenai budaya tempatan.

Video ucapan Yong Guk itu mula mendapat perhatian di laman sosial dan rata-rata peminat kagum kerana bekas anggota B.A.P ini tahu menghormati waktu solat.

"Dia tidak perlu berbuat demikian, tetapi tetap melakukannya. Dia seorang lelaki budiman sejak awal kemunculan.

"Yong Guk ada standard tersendiri.

"Bagusnya hormat waktu solat, bertambah hormat saya pada Yong Guk," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain