BIARPUN masih baharu dalam industri lakonan, pelakon Nadhir Nasar tidak gentar bersuara bagi melontarkan pandangannya mengenai dunia perfileman negara. Kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, sebagai anak seni dia berhak untuk memberi pandangan dan tidak kisah sekiranya dianggap seorang pelakon yang terlalu lantang bersuara. "Sebenarnya saya rasa apa yang saya tweet itu sebagai salah satu cara untuk bersuara... kalau bukan saya, siapa lagi nak bangkitkan isu ini. Perkongsian Nadhir di Twitter miliknya. "Mungkin saya hanya orang baru dalam industri. Kalau ada yang cakap saya memberontak atau apa saja, saya tidak kisah," katanya kepada mStar. Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Astro Showcase yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada malam Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah gempak! MV 'Aku healing sampai pagi' rupanya arahan Nadhir Nasar, kolaborasi bersama MK bantu Saixse ARTIKEL BERKAITAN: Sering berbalas komen, Nadhir Nasar terkejut timbul gosip cinta dengan Angel Dolla Sebelum ini, Nadhir memuat naik ciapan di Twitter menyentuh mengenai filem arahan AR Badul iaitu Vik2ria Secret yang dikatakan sudah ketinggalan zaman. Pelakon ini turut mengkritik hasil kualiti poster filem Vik2ria Secret dikatakan tidak setanding dengan dana yang diperoleh daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Mungkin saya hanya orang baru dalam industri. Kalau ada yang cakap saya memberontak atau apa saja, saya tidak kisah. NADHIR NASAR PELAKON "Apabila ditanya, katanya acah nak bikin filem untuk makcik dan pakcik di hulu. Mereka pun dah layan Netflix. Kau yang ketinggalan. "Dana yang banyak tetapi poster pun macam budak intern yang buat. Tak tahu nak rasa marah ke apa. "Terlalu awal untuk dibahaskan, kau masih mentah? Bukan kami mentah, kau saja yang dah expired," tulisnya di laman berkenaan. Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council ini juga berpendapat industri hiburan tempatan memerlukan keseimbangan dalam menghasilkan karya bagi memenuhi permintaan penonton. Malah katanya media memainkan peranan penting bagi membentuk masyarakat menerusi karya-karya yang dihasilkan. Nadhir bangkit menyuarakan pendapat tentang industri perfileman. "Bagi saya dalam industri hiburan ini kita perlukan stabiliti, di mana kita perlu ada karya-karya yang ringan dan berat. "Pendapat saya, kita tidak perlukan filem yang terlalu ringan... apa yang ditonton oleh kanak-kanak misalnya, begitulah cara mereka berfikir dan dibesarkan. "Sekiranya diberi jalan cerita yang mendidik, kanak-kanak ini akan menjadi seorang yang mempunyai cara pemikiran yang baik," ujarnya. Sementara itu, Nadhir berkata perkongsiannya itu hanyalah tanggungjawab sebagai anak seni dan berharap peluang berkenaan diberikan kepada ramai lagi pengkarya yang lebih baik. "Saya tidak mengatakan apa yang saya cakap ini betul atau salah, tetapi saya menjalankan tugas sebagai seorang yang mahukan stabiliti dalam industri. Nadhir membuat persembahan di Astro Showcase pada malam Khamis. "Kita perlukan sesuatu idea yang segar, industri kita perlukan sesuatu yang intelektual dan faktanya kita tahu ramai bakat di luar sana ingin memberikan yang terbaik untuk industri tetapi mereka tidak diberi peluang. "Masih banyak filem pendek yang bagus di luar sana tetapi kenapa yang ditayangkan di pawagam hasilnya hanya begitu?" katanya. Untuk info, filem Vik2ria Secret menerima Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000 daripada Finas, namun sepanjang dua minggu ditayangkan, filem yang menelan belanja keseluruhan RM1.05 juta itu sekadar meraih RM5,059.90 dengan jumlah tontonan di pawagam sekitar 346 orang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!