suria

‘Syinta Gila’ runut bunyi ‘Mat Tudung Begins’, Safiey Illias perjelas maksud lirik mahu wanita hargai diri sendiri 

Lagu Syinta Gila jadi Ost filem Mat Tudung Begins.

USAHAWAN sensasi Safiey Illias meluahkan rasa teruja apabila lagu nyanyiannya Syinta Gila terpilih sebagai runut bunyi filem Mat tudung Begins yang akan menemui penonton di pawagam pada 3 Ogos ini.

Bimbang pemilihan lagu tersebut jadi pertikaian, Safiey atau Mohd Safiuddin Illias, 29, menjelaskan lagu tersebut bukan dicipta untuk dia sebaliknya buat golongan wanita bagi memberi kesedaran untuk menghargai diri mereka.

Kata Safiey, biarpun penampilannya menyerupai wanita namun dia masih sedar fitrah dirinya yang sebenar.

"Lagu ini (Syinta Gila) bukanlah dicipta untuk saya. Perkataan wanita yang digunakan bukan merujuk kepada saya... walaupun saya begini (menyerupai wanita).

safiey1

Safiey kini dilihat lebih senang menjalani kehidupan low-profile.

"Saya masih ingat akan siapa diri saya. Ia adalah ditujukan kepada semua wanita di luar sana untuk menghargai diri sendiri," katanya.

Safiey berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, usahawan berkenaan turut memberi kata-kata semangat buat masyarakat bagi meneruskan kehidupan tanpa mempedulikan orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz jawab tuduhan beli anugerah usahawan, usaha 5 perniagaan malah produk sudah sampai Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Safiey Illias berang dituduh muflis, hilang kerana hidap bipolar... buat comeback 2023 sebagai 'Nurwanita'

Kata Safiey, setiap apa yang dilakukan pasti mendatangkan rasa kurang senang segelintir individu, jadi memberi fokus kepada diri sendiri adalah jalan terbaik.

"Dalam apa jua yang kita buat, pasti ada yang membenci namun fokuslah untuk diri sendiri.

"Setiap apa yang kita buat bukanlah untuk orang lain, tetapi kerana kita sendiri yang ingin mahukannya," jelasnya.

Safiey turut melahirkan penghargaan kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz selaku pengarah dan penerbit filem Mat Tudung Begins kerana menghargai karya dan mesej yang disampaikan dalam lagu berkenaan.

saf2

Lagu Syinta Gila pernah menjadi perhatian pendengar.

"Terima kasih buat Fizz dan Almy kerana menghargai karya serta mesej yang disampaikan dalam lagu Syinta Gila," ujarnya.

Untuk info, Mat Tudung Begins merupakan filem pertama arahan dan terbitan pelakon Fizz Fairuz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin.

Filem berkenaan merupakan prekuel Mat Tudung yang sebelum ini diterbitkan anak syarikat KRU Production, Showbiz dan diarahkan oleh Wan Hafiz.

Selain Fizz, Mat Tudung Begins turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Achey, Mariam Kimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud, Izzue Islam dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain