suria

[V] Usaha Farid Kamil pujuk bukan untuk tontonan umum, Diana Danielle anggap ia perkara peribadi

PELAKON Diana Danielle melihat tindakan suaminya Farid Kamil mendedahkan semua usaha memujuknya kepada umum sebagai tidak sepatutnya berlaku.

Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, sebaliknya berkata, perkara itu adalah peribadi dan tidak perlu diwar-warkan kepada media setiap kali muncul di mahkamah sebelum ini.

“Apa sahaja yang dibuat sebenarnya adalah peribadi dan tidak sepatutnya menjadi tontonan umum.

“Ia tidak perlu menjadi alasan untuk memujuk. Kita doakan yang terbaik. Semoga dapat mencari jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita.

farid1

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana belum menemui titik noktah.

Diana ditemui pemberita ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Khamis baik menghadiri prosiding tuntutan nusyuz yang difailkan Farid terhadapnya pada 6 April lalu.

Kes itu bagaimanapun ditangguh pada 23 Ogos ini susulan Farid tidak dapat hadir berikutan dijangkiti Covid-19.

Diana di mahkamah sama turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Farid atas alasan pelakon dengan pengarah itu gagal menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak jalan tanggungjawab... Diana Danielle fail nusyuz terhadap Farid Kamil, anggap proses biasa

ARTIKEL BERKAITAN: "Lagu baru nak keluar" - Diana Danielle tampil ceria, harap kes nusyuz berpihak pada kebenaran

Bercakap tentang hubungan dengan Farid, Diana memberitahu mereka hanya berkomunikasi melalui peguam sekiranya terdapat sebarang urusan.

Diana bagaimanapun enggan mengulas soal dua orang cahaya mata mereka.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen tentang anak-anak. Farid dan saya juga hanya berhubung melalui peguam.

Untitled-1200-×-630px-2023-03-28T110326.718-1024x538

Farid pernah membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin ke mahkamah untuk Diana.

"Ini (kemelut rumah tangga) bukan sesuatu yang senang dan saya pun tak mahu lalui semua ini. Kita buat apa yang sepatutnya.

"Apa paling penting saya akan tetap pertahankan perkara yang sepatutnya," katanya.

Pada prosiding kali ini, Diana dilihat lebih terbuka bercakap dengan pemberita yang menantinya selain sempat bergurau mengajak wartawan menikmati kopi selepas kes selesai.

farid2

Diana bersama peguamnya, Azmi Mohd Rais.

“Rasa macam nak minum Nescafe... kita doakan yang terbaik,” ucapnya.

Sebelum ini, Farid secara terbuka pernah menunjukkan pelbagai usaha bagi memenangi kembali hati Diana seperti membawa sejambak bunga mawar, memberi sebentuk cincin emas ketika hadir ke mahkamah.

Tidak cukup itu, Farid juga pernah membuat surat perjanjian hadiah yang mahu diberikan kepada Diana sekiranya hubungan mereka sebagai suami isteri kembali pulih.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain