suria

Farid Kamil positif Covid-19, minta kontak rapat buat ujian saringan

Farid mohon doa agar segera sembuh.

PELAKON dan pengarah Farid Kamil berkongsi berita sedih apabila memaklumkan dia positif jangkitan Covid-19.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, turut memohon mana-mana pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya sejak beberapa hari lalu agar melakukan ujian saringan.

Susulan itu juga, Farid turut memohon maaf kepada keluarga atau kenalan yang bertemu dengannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak bersua muka, cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil dapat kelonggaran tambah bilangan hari jumpa anak-anak, mahu bawa Diana sambut Aidiladha di Kedah

"Saya minta maaf kepada kawan-kawan atau saudara-mara yang ada berjumpa saya empat ke lima hari lepas.

"Kepada yang bergejala, kontak rapat mohon tolong buat ujian saringan sebab saya positif Covid-19," katanya.

farid 1

Farid mohon kontak rapat lakukan ujian saringan.

Farid memberitahu perkara tersebut di Insta Story miliknya pada pagi Khamis.

Perkongsian tersebut juga sebagai tanda pelakon ini prihatin terhadap jangkitan Covid-19 meskipun semakin ramai yang ambil mudah akan jangkitan babak tersebut.

Dalam masa sama dia juga memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya segera pulih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain