PERTEMUAN antara pelawak dan penyampai radio Suria FM Shuib dengan kanak-kanak mirip dengan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddin mengundang rasa gembira di hati bapa mentuanya. Raisuddin Hamzah, 67, berkata, Shuib kelihatan teruja apabila berkesempatan bertemu dengan kanak-kanak berkenaan iaitu Normiza Najla Mustafa, 9, yang berlangsung pada Rabu. "Dia nampak terlalu teruja apabila bertemu dengan Miza... saya perhatikan sahaja Shuib. Dia nampak macam gembira sangat. Raisuddin mula menjejaki Miza selepas video kanak-kanak itu tular. "Dia pandang sahaja pada Miza sambil tersenyum dan kadang-kadang menggelengkan kepala. Shuib panggil kanak-kanak itu duduk sekali dan merakamkan foto bersama. "Saya pun seronok bila nampak dia gembira," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Raisuddin berkata, sebelum ini dia dan isteri Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan panggilan Makder memberitahu Shuib tentang mahu bertemu dengan Miza di Kedah. ARTIKEL BERKAITAN: Kerinduan Raisuddin Hamzah terubat, jejak kanak-kanak mirip Siti Sarah ARTIKEL BERKAITAN: Shuib bawa isteri makan di medan selera, rupanya tempat kegemaran arwah Siti Sarah Bagaimanapun katanya, Shuib ketika itu masih belum menunjukkan sikap teruja sehinggalah dia menonton sendiri video dia dan kanak-kanak itu yang dimuat naik di Instagram dan minta agar mereka dipertemukan. "Pada mulanya saya cakap dekat Shuib saya nak pergi ke Sik, Kedah untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang wajahnya mirip Sarah. "Waktu itu dia belum teruja dan tak kisah kalau saya mahu berjumpa dengan Miza... tapi bila dia tengok video yang saya upload, dia sendiri minta berjumpa dengan Miza," ujarnya. Dia pandang sahaja pada Miza sambil tersenyum dan kadang-kadang menggelengkan kepala RAISUDDIN HAMZAH Sementara itu, Raisuddin memberitahu penyampai radio berkenaan turut memberikan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada Miza sebagai hadiah. "Shuib ada memberikan sampul kepada Miza dan apabila ditanya, Miza memberitahu Shuib telah memberikannya wang sebanyak RM1,000," katanya. Untuk rekod, Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya Ayash Affan. Raisuddin dan isteri seronok bertemu Miza. Selain Ayash, mereka juga memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Pada 23 Jun lalu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan usahawan Watie Hanifiah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube