NIAT untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah bakal tercapai buat pelakon dan pelawak Bell Ngasri selepas menang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (APBH35) pada malam Jumaat. Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, berkata, sejak namanya diumumkan tercalon dia sudah memasang niat untuk ke Makkah meskipun tidak memenangi sebarang trofi. "Saya tak pernah cerita pada orang tapi apabila nama disebut-sebut sebagai calon, saya dah pasang niat dalam hati untuk mengerjakan umrah. Bell membawa pulang dua trofi di ABPBBH35. "Syukur niat tersebut tercapai apabila ia datang sekali dengan trofi kemenangan ini," katanya kepada mStar. Selain membawa pulang trofi, Bell juga menerima tajaan pakej umrah sempena kemenangannya pada acara yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu. Mengimbau sepanjang 37 tahun bergelar anak sni, Bell memberitahu dia tidak pernah mengidam gelaran popular kerana baginya lakonan adalah punca rezeki dan komited terhadap kariernya. ARTIKEL BERKAITAN: Bell Ngasri Bintang Paling Popular ABPBH35... Laungan ‘Yak Yak Yeay’ gamatkan Istana Budaya! ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Trofi Artis Komedi Popular milik Bell Ngasri Malah dedah Bell, dia juga pernah datang ke lokasi penggambaran meskipun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya selain masih bekerja pada hari pernikahannya. "Orang tak pernah tahu di hari pernikahan dan persandingan sendiri pun saya masih bekerja malah tetap datang ke lokasi penggambaran selepas terlibat kemalangan. "Bagi saya itu komitmen dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi. Selama ini watak kecil pun saya ambil. Saya tidak pernah putus asa untuk berlakon sejak dulu. Rasa berbaloi ibu saya suruh terus berlakon sejak kecil BELL NGASRI PELAKON/PELAWAK "Sepanjang bergelar pelakon, saya tak pernah terfikir nak popular malah status bintang pun saya tak mahu," katanya. Pada malam kemuncak ABPBH35, Bell turut memenangi kategori Artis Komedi Popular menewaskan calon lain iaitu Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran. Kemenangan ini juga menjadi bukti bahawa penglibatannya dalam bidang seni bukan hanya dinilai menerusi watak utama mana-mana drama atau filem. Usaha keras Bell dalam kerjaya seni berbaloi dengan kemenangan di ABPBH35. "Selama ini watak kecil pun saya ambil. Saya tidak pernah putus asa untuk berlakon sejak dulu. Rasa berbaloi ibu saya suruh terus berlakon sejak kecil. "Dalam pertengahan kerjaya seni, ada pengarah yang pernah mempertikaikan kononnya orang 'ketot' (pendek) macam saya tak boleh jadi pelakon. Trofi ini adalah bukti kepada mereka yang pernah berkata demikian kepada saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!