suria

Selepas 20 tahun menanti, trofi Penyampai Radio Popular milik Tyzo

Tyzo membuat kejutan muncul sebagai pemenang Penyampai Radio Popular.

PENYAMPAI radio Suria FM Tyzo membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Tyzo atau Zolqarnain Idris ketika memberi ucapan meluahkan rasa tidak percaya atas kemenangan tersebut selepas 20 tahun bergelar penyampai radio.

"Syukur ini kali pertama selepas 20 tahun bergelar penyampai radio," katanya.

Tyzo membuat kejutan muncul sebagai pemenang Penyampai Radio Popular.

Tyzo sudah bergelar penyampai radio sejak 20 tahun lalu.

Kemenangan itu sekali gus memecah rekod yang dipegang oleh rakan penyampai Suria FM DJ Lin yang pernah memenangi kategori tersebut sebanyak empat kali sebelum ini.

Calon lain yang turut bertanding adalah DJ Sonic, Haiza dan Johan.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami pendarahan akibat tonsil pecah, kena denggi pula... Tyzo selamat jalani pembedahan telinga dan tekak

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ramal Bell Ngasri dan 2 lagi nama bawa pulang trofi Bintang Paling Popular

Untuk rekod, Tyzo adalah penyampai segmen Suria Petang bersama Sharifah Shahirah di Suria FM.

ABPBH35 dihoskan oleh Johan dan Ain Edruce.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Amelina, Aina Abdul dan Aizat Amdan.

Ia diadakan secara langsung di Panggung Sari, Istana Budaya selain turut disiarkan secara langsung di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain