suria

Akhirnya! Trofi Artis Komedi Popular milik Bell Ngasri 

Bell Ngasri pemenang kategori Artis Komedi Popular.

PELAWAK dan pelakon Bell Ngasri menepati ramalan apabila muncul sebagai pemenang kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH35) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Bell atau Ngasrizal Ngasri berjaya menumpaskan empat calon hebat lain dalam kategori tersebut iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Kemenangan itu menjadi sejarah buat Bell memandangkan itu adalah kali pertama dia dicalonkan dalam kategori tersebut sejak bergelar pelakon 30 tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul datang ABPBH35 naik lori berkaca, busana ‘oversize’ Behati curi tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa ramal Bell Ngasri dan 2 lagi nama bawa pulang trofi Bintang Paling Popular

Kejayaan itu juga adalah hasil kempen besar-besaran peminat yang mahu melihat pelakon telefilem 16 Puasa itu membawa pulang trofi kategori tersebut.

ABPBH35 mempertaruhkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra! dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.

Malam kemuncak ABPBH 35 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV3 dan Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain