suria

Neelofa ramal Bell Ngasri dan 2 lagi nama bawa pulang trofi Bintang Paling Popular

Neelofa tampil membuat ramalan untuk pemenang ABPBH 35.

USAHAWAN dan pengacara Neelofa muncul dengan tiga nama yang bakal memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, meramalkan pelakon Anna Jobling, Bell Ngasri dan penyanyi Amir Masdi bakal membawa pulang trofi utama anugerah berdasarkan undian peminat itu.

"Saya punya ramalan untuk ABPBH35 malam ini yang pertama Anna Jobling, kedua Bell Ngasri dan ketiga Amir Masdi," katanya.

lofa1 - 1

Neelofa memberikan tiga nama untuk pemenang ABPBH35.

Neelofa berkongsi mengenai pilihan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Twitter miliknya.

Ini bukan kali pertama Neelofa membuat ramalan, malah pilihannya bagi pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sebelum ini juga sering mengena.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Neelofa tepat lagi! 'Pelukan Angkasa' juara AJL36, Marsha terlepas trofi vokal terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali tercalon top 5, persatuan ibu mengandung dan penduduk Sabah ‘all out’ kempen demi Bell Ngasri

Sebelum ini, Neelofa pernah menyebut Aina Abdul dan Alif Satar & The Locos bakal mendapat tempat di AJL37 dan tekaannya itu menjadi kenyataan.

ABPBH35 kali ini ramai menjangkakan pelakon dan pelawak Bell Ngasri bakal membawa pulang trofi kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular sekali gus anugerah utama Bintang Paling Popular.

ABPBH35 mempertaruhkan 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra! dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.

Malam kemuncak ABPBH35 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV3 dan Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain