suria

Imran Aqil rahsia tarikh kahwin, bakal isteri jadi orang pertama kongsi berita gembira... Tetamu dilarang muat naik foto dan video nikah

Imran dan Dahlia bertunang pada Ogos tahun lalu.

BAKAL mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, pelakon Imran Aqil bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh pernikahan dengannya dengan Dahlia Rizal.

Kata Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, dia menghormati keputusan Dahlia untuk tidak menghebahkan hal berkenaan kepada umum sehinggalah mereka sah bergelar suami isteri.

"Buat masa sekarang saya belum bersedia nak umum tarikh nikah. Saya kena respect permintaan Dahlia agar tidak berkongsi.

imran aqil 2

Imran menghormati permintaan bakal isteri untuk merahsiakan hari bahagia mereka.

"Majlis kami nanti akan diadakan secara tertutup dan Dahlia mahu menjadi orang pertama berkongsi detik pernikahan itu. Semasa itu barulah orang tahu kami sudah berkahwin.

"Bukan itu sahaja, Dahlia juga mahu tetamu yang hadir nanti tidak memuat naik video atau gambar hari pernikahan kami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin dekat hari nikah, Imran Aqil mula rasa diri banyak kekurangan... “Kalau boleh pendekkan fasa tunang”

ARTIKEL BERKAITAN: Usia muda bukan penghalang... Imran Aqil mahu cepat kahwin, bimbang terlepas nikmat hidup berpasangan

Desas-desus perkahwinan mereka semakin dekat mula menjadi bualan ramai selepas tular foto Dahlia dipercayai untuk borang pernikahan.

Dalam pada itu, Imran turut meluahkan rasa syukur apabila peminat masih mengikuti perkembangan mereka dan sentiasa mendoakan agar perancangan hari bahagia itu berjalan lancar.

Buat masa sekarang saya belum bersedia nak umum tarikh nikah. Saya kena respect permintaan Dahlia.

IMRAN AQIL

PELAKON

"Tak sangka masih ada yang ambil tahu tentang saya. Rasa bersyukur kerana ada yang mendoakan kami.

"Sebenarnya ada juga perasaan takut majlis tidak menjadi. Kami terlalu berfikir tentang perkahwinan ini kerana kedua ibu bapa saya dan Dahlia pernah melalui fasa perpisahan," ujarnya.

Bercakap tentang persediaa

n untuk bergelar suami, kata Imran dia banyak mendengar ceramah agama tentang ilmu rumah tangga.

imran aqil 3

Imran sedang membuat persediaan untuk bergelar suami.

"Sebagai persediaan bergelar suami saya masih banyak belajar dengan mendengar ceramah selain meminta nasihat daripada orang yang sudah berkahwin.

"Dahlia minta ada tempoh untuk kami berdua selepas bernikah nanti sebelum merancang ke arah memiliki cahaya mata. Dia pun masih muda dan mahu memberi fokus kepada kerjaya," jelasnya.

Untuk rekod Imran dan Dahlia bertunang pada 21 Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain