suria

[V] Melia Amelia alami pendarahan teruk, ada masalah cyst tapi tak terima rawatan - “Siapa nak jaga keluarga?”

PELAKON Melia Amelia dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Jumaat lalu selepas mengalami pendarahan teruk ketika berada di rumah.

Melia atau Noor Amelia Zaidi, 29, berkata, disebabkan itu doktor terpaksa melakukan pemindahan darah sebanyak empat beg darah bagi menstabilkan keadaannya.

"Saya kalau boleh tak mahu ditahan di hospital sebab rasa badan masih lagi boleh bertahan tapi doktor sarankan saya untuk masuk wad bagi menstabilkan keadaan saya.

melia

Melia masuk hospital gara-gara cyst.

"Saya rasa lemah ketika ini, doktor cakap darah saya terlalu rendah dan sekiranya pendarahan terus berlaku, berkemungkinan jantung saya boleh terhenti," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai keadaannya, Melia memberitahu dia memang mempunyai masalah ketumbuhan di bahagian rahim namun tidak pernah mendapatkan rawatan.

Kata Melia, dia bimbang sekiranya dimasukkan ke hospital tiada sesiapa dapat menjaga keluarga termasuk bapanya yang menderita kanser.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur! Melia Aimelia terima banyak ‘job’ selepas kongsi kisah jaga bapa sakit, tak lama lagi jadi penyanyi pula

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya tengah susah, ambil la saya berlakon” - Pelakon Melia Aimelia jaga bapa sakit, hidup dengan bantuan Baitulmal

"Sebelum ini saya pernah ada masalah cyst di bahagian rahim sebelah kiri, saya tahu tapi tak buat rawatan lanjut sebab rasa badan masih boleh tahan.

"Saya fikir juga kalau saya pergi, siapa nak jaga keluarga... jadi saya bergantung sahaja kepada kuasa Allah," ujarnya.

Melia berkata, doktor masih lagi mencari punca sebenar dia mengalami pendarahan dan sedang menanti keputusan ujian yang dijalankan.

melia 4

Melia dah lama tahan sakit.

Ketika ini kata Melia, badannya masih lagi terasa lemah dan sakit meskipun sudah mendapatkan rawatan.

"Setakat ini doktor ada beri ubat untuk berhentikan pendarahan selain sedang mengenal pasti punca berlakunya pendarahan yang teruk.

"Saya masih lemah, badan dan kaki pun ada rasa bisa.

"Saya terpaksa tangguhkan semua aktiviti buat sementara dan ada juga rasa menyesal sebab tak utamakan kesihatan diri sendiri," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain