PELAKON Fasha Sandha belum tutup 'kilang' dan berhasrat menambah bilangan anak bersama suami iaitu Aidil Aziz jika diberikan rezeki pada tahun depan. Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, dia dan Aidil berhasrat untuk menimang cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai dua orang anak perempuan. "Insya Allah tahun depan saya nak tambah anak lagi. Fasha tangguh dulu hasrat tambah anak. "Kalau ada rezeki nak anak lelaki sebab kami dah ada sepasang, jadi nak ada satu pasang lagi. Aidil pun memang nak bayi lelaki," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Fasha berkata, bentuk badan langsing tidak menjadi penyebab dia menangguhkan hasrat untuk hamil sebaliknya menanti semua penggambaran drama selesai. Malah kata Fasha, dia juga terbuka sekiranya perlu menggunakan kaedah pensenyawaan in vitro (IVF) atau intra uterine insemination (IUI) sekiranya tidak dapat hamil secara semula jadi. ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur, walaupun sedikit lambat”... Fasha Sandha bangga anak perempuan dah ‘naik’ al-Quran ARTIKEL BERKAITAN: Jantung Fasha Sandha berdebar, impian berlakon dengan Erra Fazira tercapai "Aidil kalau boleh nak tahun ini tapi sebab komitmen terhadap kerja, kami tangguh hasrat itu ke tahun depan," jelasnya. Sementara itu, Fasha menyangkal dakwaan netizen dia semakin seksi sejak badannya kembali langsing dan kembali menyarungkan pakaian yang tidak sesuai dengan statusnya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata. Jelas Fasha dia tidak pernah membeli pakaian baharu sebaliknya banyak mengenakan baju lama yang masih ada dalam simpanannya. Fasha selesa pakai baju lama-lama. "Bagi saya seksi itu subjektif, kalau orang kata saya semakin seksi sebab sudah kurus itu salah. "Saya cuma menyarungkan kembali baju-baju lama saya sebab dah muat semula... saya memang simpan semua pakaian lama dan tak pernah membuangnya. "Ada hikmah juga saya tidak buang sebab apabila badan sudah kurus saya boleh pakai semula," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!