suria

Altimet yakin dapat tawan Lembah Jaya, ada pengalaman sebagai penyelaras kawasan

Altiment bertanding dalam PRN Selangor Ogos ini.

PENYANYI rap Altimet diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini.

Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, bakal bertanding bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Pencalonan itu diumumkan sendiri oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di padang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Sabtu.

Snapinsta.app_134251095_132401515264687_8175777728131018320_n_1080

Altimet percaya diri akan menang pada PRN Selangor.

Selain Altimet, Anwar turut mengumumkan 20 calon PKR yang akan bertanding pada PRN nanti.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu bersyukur apabila diberi kepercayaan bertanding di Ampang selepas 13 tahun bermastautin di sana.

Penyanyi lagu Aduh Malaysia itu turut memberitahu yakin dapat menawan Lembah Jaya selepas berpengalaman bergelar penyelaras di kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

ARTIKEL BERAKITAN: “Nak tembak saya, tembak sampai mati” - Altimet terima ugutan

"Sebelum ini saya diberikan tugas oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi penyelaras di Lembah Jaya selama sembilan bulan sebelum pembubaran DUN.

"Daripada situ, saya dapat peluang belajar gerak kerja sebagai DUN dan mengenali penduduk di sana walaupun saya bermastautin di Bukit Antarabangsa," katanya.

Julai tahun lalu Altimet pernah memenangi jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Ampang sekali gus menewaskan pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain