suria

Shuib masih rindukan Siti Sarah, tiada sekelumit cemburu dalam hati Watie Hanifiah

Watie tumpang bahagia melihat kegembiraan Shuib.

TIADA wujud perasaan sedih atau cemburu dalam diri Watie Hanifiah apabila suaminya Shuib masih terkenangkan Allahyarham isterinya Siti Sarah Raisuddin.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya berkata, sebagai isteri dia tetap setia di sisi suami kerana memahami beberapa tindakannya dapat mengubat rasa rindu terhadap Allahyarham.

Malah kata usahawan itu, kisah silam Shuib juga yang membuatkan dia mampu berada di sisi pelawak berkenaan.

Snapinsta.app_359829168_18376489366021562_6715850008408864566_n_1080

Watie tiada rasa cemburu pada arwah Siti Sarah.

"Sejujurnya tiada apa-apa perasaan... bagi saya apa yang menggembirakan hati dan mampu mengubat kerinduannya saya okay sahaja.

"Bagi saya nak cemburu pada orang yang telah tiada pun buat apa, adanya saya di sini pun disebabkan kisah mereka yang sudah tiada.

"Saya terima dengan hati terbuka. Alhamdulillah Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu dalam diri saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib bawa isteri makan di medan selera, rupanya tempat kegemaran arwah Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya belum pernah mimpi Siti Sarah”... Dua tahun pemergian isteri, rindu Shuib terubat tengok wajah adik Miza

Watie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Watie bersyukur apabila hubungan mereka kini semakin disenangi malah ramai mendoakan kebahagiaannya bersama penyampai radio Suria FM itu.

Watie berkata, dia tidak berasa kekok menjadi isteri kepada seorang selebriti popular malah tidak mengambil pusing komen negatif dilemparkan terhadap dia atau suami.

"Sebelum ini orang mungkin belum kenal saya lagi... Alhamdulillah sekarang sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan bersama Shuib.

Snapinsta.app_360095859_18376489378021562_7886902600762232404_n_1080

Kemesraan Watie dengan anak-anak dipuji ramai.

"Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun terhadap saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kahwin lagi memberi kesan. Sebab takut sekiranya akan mengecewakan mereka," kongsinya.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain