suria

Chiwan juara Mic On Selebriti 2023, bawa pulang wang tunai RM250,000

Chiwan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000.

PELAKON dan pelawak Chiwan muncul sebagai juara program realiti Mic On Selebriti 2023 yang berlangsung di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada malam Sabtu.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 34, membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Pada pertandingan peringkat akhir itu, Chiwan berjaya menumpaskan lima pencabar lain menerusi persembahan lagu Lebih Sempurna nyanyian asal Syamel pada pusingan pertama dan Hanya Rindu yang dipopularkan Andmesh.

Sementara itu, tempat kedua milik Anas Ridzuan manakala ketiga pula Namie yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 dan RM15,000 berserta trofi.

WhatsApp Image 2023-07-23 at 12.15.30 AM

Chiwon berjaya menumpaskan lima peserta lain yang berentap pada peringkat akhir.

Pelakon Zul Huzaimy dan Fauzi Nawawi pula terpaksa berpuas hati berada ditempat keempat dan kelima manakal Johan As'ari mendapat tempat terakhir.

Manakala trofi The Best Manager pula dimenangi oleh Aepul yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Chiwan turut mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang selepas bergelar juara Mic On Selebriti 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelanggang Mic ON! dibuka, 12 peserta tunjuk bakat terpendam

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib tak menyebelahi Habib, tersingkir di minggu keenam 'Mic ON!'

"Terima kasih Awesome TV yang memberi peluang untuk mengasah bakat saya yang tidak seberapa.

"Terima kasih juga pada Manager saya iaitu Black yang banyak mengajar sepanjang menyertai pertandingan ini. Insya Allah tahun ini saya akan kahwin," katanya.

Juri tetap program berkenaan, Datuk Acis berkata, Chiwan sentiasa memberikan jiwa dalam nyanyian sepanjang sembilan minggu program itu berlangsung.

Malah dua buah lagu yang dibawa pada peringkat akhir itu menyentuh hatinya sebagai seorang juri.

WhatsApp Image 2023-07-23 at 12.19.06 AM

Chiwan mendedahkan mahu menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

"Tahniah kerana telah memberi jiwa selama sembilan minggu dan susah nak menyanyi lagu macam ini bila dihadiahkan kepada arwah ibu.

"Tapi saya boleh rasa apa awak bawa sangat berani memberi jiwa kepada kami walaupun awak bukan penyanyi," katanya.

Mic On Selebriti 2023 dibarisi juri Datuk Aaron Aziz, Erra Fazria dan Datuk Acis sebagai pengarah muzik.

Program itu dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Shiha Zikir dan ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Awesome TV dan MyTV.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain