PERCUBAAN penyanyi dan pempengaruh media sosial Luqman Podolski menghantar mesej peribadi (DM) ke Instagram Matty Healy mendapat perhatian vokalis kumpulan The 1975 itu. Menerusi DM tersebut, Luqman menghantar sebaris kata-kata kesat terhadap Matty selain meluahkan rasa kecewa terhadap sikap biadabnya ketika tampil membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Jumaat. "Disebabkan kau ramai artis tempatan yang telah membuat persiapan awal tidak dapat membuat persembahan di acara itu. Luqman dan Matty berbalas mesej peribadi. "Lebih kasihan penganjur, vendor makanan dan penaja terpaksa menanggung kerugian... Kau telah rosakkan segalanya. Luqman berkongsi perkara tersebut tangkap layar perbualan di laman sosial medianya pada Sabtu. Dalam masa sama, Luqman juga mengecam sikap Matty yang dianggap tidak menghormati budaya dan undang-undang negara asing. ARTIKEL BERKAITAN: IG The 1975 kena serang netizen Malaysia, peminat cerita situasi sebenar kejadian - “Marah bila dia hina Malaysia” ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan muktamad! Fahmi Fadzil arahkan baki 2 hari Good Vibes Festival 2023 dibatalkan "Aku tidak peduli apa pandangan kau. Sila tunjukkan rasa hormat apabila datang ke negara orang," katanya. Tanpa disangka, Matty membalas mesej yang dihantar namun dalam nada sindiran mengucapkan terima kasih kepada Luqman selain dilihat tidak mengendahkan teguran dibuat kepadanya. Malah Matty menyalahkan pihak penganjur iaitu Future Sounds Asia kerana mengundangnya ke acara tersebut. "Terima kasih atas nasihat. Saya telah diundang maka itulah yang anda dapat. Ini salah penganjur!" balasnya. Luqman kesal dengan tindakan biadap Matty. Sementara itu, tinjauan mStar mendapati Matty telah menyekat semua mesej masuk di Instagram miliknya bagi menghalang netizen di negara ini menghantar pesanan kepadanya. Pada malam Jumaat, persembahan The 1975 dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas. Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds. Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan baki dua hari acara itu dibatalkan sepenuhnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!