PELAKON Sophia Albarakbah membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang kategori Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung pada malam Jumaat. Tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya, Sophia, 30, menepis tanggapan sesetengah pihak yang melihat kemenangannya hanya disebabkan kontroversi panas melibatkan namanya sebelum ini. Namun pelakon ini percaya anugerah tersebut adalah tanda sokongan peminat terhadap kerjaya seninya. ABPBH35 bukti sokongan peminat terhadap Sophia. "Saya harap kemenangan ini membuktikan pada orang saya layak dan masih diterima peminat. "Semoga kemenangan ini membuatkan orang berhenti dari mengaitkan nama saya dengan kontroversi kerana saya mahu fokus pada karier lakonan ketika ini," katanya kepada mStar. Nama Sophia sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan bermain cinta dengan pelakon Aliff Aziz ketika mereka sama-sama telibat dalam penggambaran drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah. ARTIKEL BERKAITAN: Nama Sophia Albarakbah kena ‘petik’ ganggu rumah tangga selebriti popular - “Cukup-cukuplah salahkan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Bell Ngasri Bintang Paling Popular ABPBH35... Laungan ‘Yak Yak Yeay’ gamatkan Istana Budaya! Justeru ramai yang mula menyebut dia sebagai seorang pelakon yang hanya mencipta nama menerusi cerita panas dan bukannya bersandarkan bakat. Sophia juga lebih menyerlah menerusi pembabitan dalam drama televisyen berbanding beberapa filem lakonannya sebelum ini yang kurang mendapat sambutan. "Semuanya soal rezeki dan berkat sokongan serta undian dari peminat. Saya pun tidak sangka boleh menang," ujarnya. Saya harap kemenangan ini membuktikan pada orang saya layak dan masih diterima peminat SOPHIA ALBARAKBAH PELAKON Dalam pada itu, Sophia sempat berkongsi detik di mana dia pernah terfikir untuk berhenti berlakon susulan kecaman daripada pelbagai sudut yang diterima sebelum ini. Bagaimanapun kata Sophia keluarga dan peminat menjadi tulang belakang untuk dia kekal bertahan meskipun ramai yang membuat tanggapan buruk terhadap dirinya. "Iya, masa saya dikecam sebelum ini ada rasa berutus asa. Sophia mahu terus cipta nama dalam kerjaya seni. "Namun keluarga dan peminat sentiasa ada dan mereka banyak memberi sokongan untuk bangkit. Mereka juga antara sebab saya kekal bertahan," jelasnya. Menerusi kategori itu, Sophia menewaskan empat calon lain iaitu Maya Karin, Janna Nick, Diana Danielle dan Ahirine Ahirudin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!