suria

Teguk arak, cium sejenis, ludah dan tuduh kerajaan Malaysia merepek antara 7 perangai buruk Matty Healy dalam konsert malam tadi

Aksi tidak senonoh Matty Healy mengundang kemarahan masyarakat Malaysia.

TINDAKAN kurang ajar vokalis kumpulan The 1975 iaitu Matty Healy menghina undang-undang kerajaan Malaysia selain mempamerkan aksi tidak senonoh mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat.

Lantang bersuara meluahkan pendapatnya tanpa menghormati sensitiviti rakyat negara ini, Matty ketika berinteraksi di hadapan penonton memberitahu dia menyesal menerima tawaran beraksi di Malaysia.

Dia beraksi pada konsert The Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada malam Jumaat.

Matty dikecam peminat Malaysia.

Matty berani berkelakuan kurang sopan di atas pentas.

Ini antara kata-kata biadab dan aksi kurang ajar vokalis itu yang terang-terangan menghina rakyat dan kedaulatan Malaysia.

1. Dalam keadaan dipercayai sedang mabuk, Matty mempersoalkan tentang undang-undang kerajaan Malaysia berhubung Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang secara terang-terangan bercanggah dengan prinsip negara ini.

"Saya buat kesilapan apabila menerima tawaran persembahan ini. Saya tidak menelitinya dengan betul. Saya tidak nampak keperluan menjemput The 1975 di negara yang mana menentukan dengan siapa kita boleh melakukan hubungan seks.

"Saya minta maaf mempersendakan anda yang alim, namun kerajaan anda merepek. Saya tidak peduli, jika saya dihalang, saya akan balas semula," katanya ketika membuat persembahan di acara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tak senonoh Matty Healy biadab, Fahmi Fadzil panggil penganjur beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan

2. Bukan sekadar itu, dia juga menghina rakayat negara ini yang majoritinya Muslim dengan membawa botol dipercayai arak dan meneguknya.

3. Bahkan dia juga secara spontan meludah dan memberitahu tidak bersemangat untuk membuat persembahan gara-gara terkenangankan undang-undang negara ini.

4. Dalam masa sama Matt sempat menyelar tindakan sesetengah pihak yang terlalu cepat menilai atas segala perbuatannya sebelum ini.

"Saya menonton satu video di TikTok di mana saya memegang kanak-kanak iaitu anak kepada seorang sahabat. Kedudukan jari saya dikatakan tidak sopan. Adakah anda secara sengaja menuduh ia sebagai perbuatan pedofilia," katanya.

the 1975

Kumpulan The 1975.

5. Matty kemudiannya bertindak mencium mulut pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds di atas pentas dipercayai sebagai protes terhadap undang-undang berkaitan LGBT di Malaysia.

6. Selepas tindakannya itu, pentas bertukar gelap sebelum Matty yang dalam keadaan marah memaklumkan mereka telah disekat daripada meneruskan konsert di Malaysia.

Matty kemudiannya meninggalkan pentas sebelum diikuti oleh anggota The 1975 yang lain dan kru mereka.

7. Dalam pada itu, Matty berkata, keputusan membatalkan persembahan di Sepang tidak adil buat peminat The 1975 dan disebabkan itu mereka mengambil keputusan tidak meneruskan persembahan.

fahmi 2

Tindakan Matty turut mendapat perhatian Menteri komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

"Anda masih muda dan saya pasti ada dalam kalangan kamu yang gay, progesif dan cool.

"Saya batalkan persembahan ini semalam dan rasanya keputusan itu tidak adil buat peminat kerana mereka bukan kerajaan," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan akan memanggil penganjur festival berkenaan bagi membuat penjelasan berhubung insiden tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain