suria

Teguran penerbit buat Fasha Sandha nekad hilang 18kg, meraung sebab serba salah nak makan biskut cicah milo

Fasha Sandha mengambil masa hampir setahun menurunkan berat badan.

TEGURAN penerbit drama Rampas Cintaku tentang berat badannya yang meningkat membuatkan pelakon Fasha Sandha nekad mengamalkan diet bagi mendapat bentuk tubuh ideal.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, syarat itu juga dimasukkan dalam kontrak sekiranya drama bersiri berkenaan dilanjutkan untuk musim kedua.

"Penerbit saya beritahu kalau ada musim kedua Rampas Cintaku saya perlu menguruskan badan malah dia masukkan sebagai syarat dalam kontrak yang menyatakan berat badan saya perlu 60 kilogram ke bawah.

"Belum pernah ada penerbit cakap macam itu pada saya, selama ini saya 'chubby' macam mana sekali pun tetap ada penerbit panggil saya berlakon.

WhatsApp Image 2023-07-22 at 8.44.23 PM

Teguran penerbit drama buat Fasha tekad menurunkan berat badan.

"Saya rasa dia body shaming saya tapi mungkin juga beri semangat untuk saya kurus. Tapi apabila balik memang saya rasa down," katanya kepada mStar.

Pelakon itu berkongsi perkara berkenaan ketika ditemui pada acara Zumba bersama Fasha Sandha di Kuala Lumpur yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Fasha berkata, kesan daripada itu dia pernah menangis gara-gara rasa bersalah untuk menikmati makanan kegemarannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha dituduh langsing sebab bariatrik, minta tunjuk bukti atau mohon maaf dalam tempoh 24 jam

ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur, walaupun sedikit lambat”... Fasha Sandha bangga anak perempuan dah ‘naik’ al-Quran

Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu dia bimbang untuk makan biskut kering cicah bersama Milo kerana berat badannya belum menunjukkan penurunan selain hidangan ini mempunyai kalori tinggi.

"Saya menangis macam meraung sampaikan suami saya tanpa mengapa saya menangis.

"Saya beritahu suami yang saya nak minum Milo cicah biskut tapi sebab kalori tinggi dan berat badan tak turun, saya takut nak makan.

Selama ini saya 'chubby' macam mana sekali pun tetap ada penerbit panggil saya berlakon.

FASHA SANDHA

PELAKON

"Tapi suami pujuk juga suruh jamah sikit... Itu antara kenangan yang saya lalui untuk kuruskan badan," ujarnya.

Sementara itu, Fasha memaklumkan proses untuk mendapatkan bentuk badan ideal tidak semudah disangkakan kerana dia mengambil masa hampir setahun untuk menurunkan 18 kilogram.

Kata Fasha, selain mengamalkan makanan tambahan Berryfull bagi menurunkan berat badan, dia juga hanya makan dua sudu nasi bersama ikan setiap hari dan jarang mengambil protein seperti daging dan ayam.

WhatsApp Image 2023-07-22 at 8.44.24 PM

Fasha bersama Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Qistina Latif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty iaitu Dini Qistina Latif berkata, kehadiran Fasha sebagai duta Berryfull ternyata membawa tuah apabila produk itu terjual sebanyak 400,000 botol.

Dini berkata, kutipan jualan kasar juga mencecah hampir RM20 juta dalam tempoh kurang setahun aktres berkenaan menjadi sebahagian daripada keluarga Inayah Beauty.

"Kami mula mendekati Fasha untuk menjadi duta pada Ogos 2022 lalu tapi selepas dia cuba sendiri produk kami dan dapati perubahan ketara dia terus setuju untuk menjadi duta kami pada Disember 2022.

"Kemudian perubahan bentuk badan Fasha yang langsing buatkan jualan Berryfull terus mencanak naik," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain