suria

Kid Laroi tak hampakan peminat, buat konsert percuma di lobi hotel

Kid Laroi membuat persembahan istimewa buat peminat di hotel penginapannya.

SUSULAN pembatalan Good Vibes Festival 2023, penyanyi Kid Laroi tidak menghampakan peminat apabila mengambil peluang menghiburkan peminat bertuah di hotel penginapannya di Sepang, Selangor pada petang Sabtu.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, Kid Laroi yang sepatutnya membuat persembahan utama pada hari kedua festival itu dilihat membuat persembahan akustik di lobi Hotel Sama-Sama yang menjadi lokasi penginapan artis undangan dari luar negara.

Ruang coffee house hotel berkenaan mula dipenuhi dengan peminat penyanyi berusia 19 tahun itu apabila mendapat tahu dia ingin membuat persembahan di situ.

Tampil bersahaja dengan berbaju kemeja T belang dan berseluar pendek, Kid Laroi turut dilihat berdiri di atas sebuah meja bagi membolehkan peminat yang hadir dapat menyaksikan persembahannya dengan lebih dekat.

1274-the_kid_laroi_bio_570x335

Kid Laroi turut memohon maaf kepada peminat di Malaysia.

Dipercayai, Kid Laroi mendendangkan beberapa buah lagu termasuk lagu hitnya, Stay.

Tidak hanya itu, beberapa peminat bertuah turut dapat merakamkan gambar bersama penyanyi asal Australia tersebut.

Sementara itu, beberapa peminat yang berkongsi pengalaman bertemu Kid Laroi memberitahu terhibur dengan persembahan akustik yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Matty Healy balas DM Luqman Podolski, selamba salahkan penganjur - “Saya diundang maka itu anda dapat”

ARTIKEL BERKAITAN: IG The 1975 kena serang netizen Malaysia, peminat cerita situasi sebenar kejadian - “Marah bila dia hina Malaysia”

Malah ada tidak menyangka Kid Laroi begitu sporting melayan peminat yang kecewa persembahannya dibatalkan.

"Good Vibes Festival mungkin batal tapi kami dapat bertemu Kid Laroi dengan lebih dekat.

"Siapa sangka dapat berjumpa Kid Laroi sedekat ini malah dia buat persembahan yang cukup istimewa," kata netizen di Twitter.

Sebelum ini, Kid Laroi yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terkejut apabila mendapat perkhabaran festival itu dibatalkan.

2191064

Kid Laroi memaklumkan hanya mengetahui pembatalan festival itu ketika tiba di KLIA.

Malah Kid Laroi turut membuat permohonan maaf kepada peminat kerana tidak dapat menghiburkan mereka pada festival itu.

"Baru sampai dan dapat tahu festival itu dibatalkan. Saya sayang anda Malaysia. Maafkan saya," katanya.

Pada malam Jumaat, persembahan The 1975 dihentikan serta merta selepas Matty menunjukkan pelbagai aksi kurang ajar dihadapan penonton termasuk memegang botol arak, berada dalam keadaan maduk serta meludah di atas pentas.

Tidak cukup dengan itu, Matty menyelar dan menghina undang-undang berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia sebelum bertindak mencium pemain bass kumpulan itu, Ross McDonalds.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain