suria

‘Konsert 5 Rukun’ himpun nama besar industri nasyid, dakwah kecil sambil berhibur

Konsert 5 Rukun menampilkan barisan artis nasyid terkemuka.

DALAM usaha melonjakkan kembali irama nasyid, Konsert 5 Rukun bakal dianjurkan yang menghimpunkan nama-nama besar seperti Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestiqa dan Daqmie.

Penganjur konsert berkenaan, Samiran Hambali berkata, acara itu juga adalah satu bentuk dakwah kecil dalam menyampaikan mesej Islam dalam bentuk hiburan.

"Alhamdulillah, usaha kita untuk menganjurkan konsert ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada Daqmie untuk membawa lima geng Sahabat Selamanya iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica serta Daqmie sendiri ke pentas konsert.

nasyid 3

Sidang media Konsert 5 Rukun yang diadakan baru-baru ini.

"Dengan berteraskan konsep Lima Rukun Islam melalui teras persahabatan geng Sahabat Selamanya ini, kami percaya ia akan memberikan kesan dan pengalaman konsert yang unik dan menarik.

"Apatah lagi setiap mereka ini memiliki kelompok peminat tersendiri," katanya.

Konsert 5 Rukun bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 15 September depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Marketing menjadi! Sebelum lancar Daqmie sudah jangka lagu 'Casablanca' akan meletup... bakal tampil single kedua

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini mungkin yang pertama dan terakhir"- Rabbani bikin konsert sempena 25 tahun penglibatan dalam industri muzik

Ia juga adalah kesinambungan daripada penerbitan album Sahabat Selamanya yang pernah dijayakan semua artis terlibat sebelum ini.

Dalam pada itu, Konsert 5 Rukun ini bakat dibahagikan kepada lima segmen dengan pemilihan lagu-lagu popular mereka.

nasyid1

Rabbani antara yang akan menghiburkan peminat pada Konsert 5 Rukun.

Konsert turut diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dari Istana Budaya dibawah pimpinan Pengarah Muzik, Yazit Zakaria yang berpengalaman luas dalam mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.

Dengan menerapkan gabungan irama nasyid dan tradisional, Konsert 5 Rukun ini bakal menyaksikan pertembungan unik muzik Islamik dan muzik tradisi Melayu yang selama ini menjadi cerminan jati diri masyarakat Islam.

Tiket sudah mula dijual pada harga RM265 (Platinum), RM213 (Gold), RM161 (Silver) serta RM109 (Bronze).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain