suria

Kelakar di televisyen, rupa-rupanya garang di rumah... Isteri dedah sisi lain Bell Ngasri

Isteri tumpang bangga kejayaan Bell.

DI SEBALIK watak komedi yang sering ditonjolkan dalam lakonan, mungkin ramai tidak tahu pelakon dan pelawak Bell Ngasri sebenarnya adalah seorang bapa yang garang serta tegas di rumah.

Keperibadian Bell itu didedahkan sendiri oleh isterinya iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri yang juga merupakan seorang penulis skrip drama tempatan.

"Dia (Bell) sebenarnya seorang yang garang dan tegas dengan anak-anak. Perbualan mereka di rumah pun selalunya lebih serius.

"Anak-anak tahu sikap Bell malah tidak menonton drama atau filem lakonan bapa mereka.

bellngasri 22

Bell bersama isteri dan anak-anak.

"Sebab itu kalau Bell sesekali buat lawak, anak-anak keliru sama ada ia jenaka atau dia sedang serius," katanya kepada mStar.

Farhana ditemui ketika majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang turut menobatkan Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam edisi kali ini.

Menyifatkan kemenangan itu di luar jangkaan mereka, Farhana turut memuji sikap suaminya yang tidak pernah berputus asa sepanjang 37 tahun bergelar anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Bell Ngasri ke Makkah bakal terlaksana, kongsi suka-duka 37 tahun bergelar pelakon - “Hari nikah pun saya masih kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Bell Ngasri Bintang Paling Popular ABPBH35... Laungan ‘Yak Yak Yeay’ gamatkan Istana Budaya!

"Selagi mampu bekerja dia akan tetap bekerja. Saya tidak pernah dengar dia penat atau berputus asa. Cuma ada ketika dia bimbang bagaimana mahu kekal relevan dalam dunia lakonan.

"Kemenangan Bell ini adalah di luar jangkaan sebab dia bersaing dengan ramai artis baru. Syukur atas kemenangan yang tidak pernah difikirkan ini," ujarnya.

Sebelum berkahwin saya sudah lama kenal dia. Saya dah melihat cara dia bekerja dan dia memang hidup untuk bekerja.

NUR FARHANA MAHAMAD FAURI

ISTERI BELL NGASRI

Selain mengungguli trofi Bintang Paling Popular, Bell atau Ngasrizal Ngasri juga menang dalam kategori Artis Komedi Popular.

Melihat komitmen kerja Bell selama ini, Farhana memberitahu dia cukup faham akan prinsip Bell yang mengutamakan komitmen kerana suaminya sudah mula berlakon sejak kecil.

bell ngasri 66

Bell menepati ramalan membawa pulang trofi ABPBH35.

"Sebelum berkahwin saya sudah lama kenal dia. Saya dah melihat cara dia bekerja dan dia memang hidup untuk bekerja.

"Saya faham komitmennya dan kenapa saya perlu halang dia memperlahankan karier selepas kami berkahwin. Saya perlu hormat pendirian suami," jelasnya.

Untuk rekod Bell dan Farhana mendirikan rumah tangga pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain