suria

Chiwan mahu kahwin tahun ini, wang RM250,000 buat beli rumah dan kereta

Chiwan janji akan umum tarikh perkahwinan dalam masa terdekat.

PELAKON dan pelawak Chiwan sudah bersedia untuk bergelar suami kepada wanita pilihan yanng berjaya menambat hatinya iaitu Cinta Aiyuni.

Chiwan atau Mohd Azwan Sabri, 34, berkata, mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ogos ini namun perancangan itu terpaksa ditunda susulan komitmen terhadap kerja.

Bagaimanapun kata juara program Mic On Selebriti 2023 ini, dia tetap akan memperisterikan Cinta pada tahun ini juga.

"Menang atau tidak, saya memang akan kahwin tahun ini juga. Sepatutnya kami disatukan pada Ogos ini tapi terpaksa ditangguhkan.

Snapinsta.app_347866848_166890876080604_5529215988213309506_n_1080

Chiwan mahu kahwin tahun ini juga.

"Alhamdulillah dengan kemenangan dan ganjaran yang diterima dapatlah kami buat majlis lebih sempurna, ajak lebih tetamu," katanya kepada mStar.

Chiwan berkongsi perkara itu sebaik selesai program realiti Mic On Selebriti 2023 Finale yang berlangsung di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada malam Sabtu.

Kemenangan itu turut melayakkan Chiwan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Chiwan berkata, dia tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana mahu mengelak berdepan ujian ketika tempoh 'darah manis'.

ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan juara Mic On Selebriti 2023, bawa pulang wang tunai RM250,000

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Chiwan Cilok tumpah terkenang arwah ibu, tiada lagi tempat mengadu

Sebaliknya, mereka bercadang untuk bertunang pada hari pernikahan malah perkara itu turut dipersetujui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Insya Allah (bertunang) akan buat serentak pada hari pernikahan sebab nak mengelak ujian-ujian tidak diingini.

"Alhamdulillah saya sudah bertemu ibu bapa Cinta malah rapat dengan mereka. Keluarganya juga banyak membantu saya sepanjang bertanding dalam Mic On Selebriti 2023," jelasnya.

Berkongsi detik perkenalan dengan Cinta, Chiwan memberitahu mereka bertemu ketika sama-sama terlibat dalam sebuah penggambaran di Terengganu pada Januari tahun lalu.

Saya lihat dia tengah bawa ATV dan ketika itulah perasaan ingin berkenalan mula timbul.

CHIWAN

PELAKON/PELAWAK

Kata Chiwan, dia jatuh hati melihat Cinta, 23, yang ketika itu sedang menunggang ATV dan perasaan ingin berkenalan timbul dalam dirinya.

"Saya lihat dia tengah bawa ATV dan ketika itulah perasaan ingin berkenalan mula timbul. Mula-mula berabang selepas itu bersayang pula," kongsinya.

Bagaimanapun katanya, dia terkilan tidak sempat membawa teman wanitanya itu bertemu dengan Allahyarham ibunya, Rokiah Salam yang meninggal dunia pada 22 Julai 20222.

Namun percaya, arwah ibunya pasti akan menyukai dengan Cinta dan merestui hubungan mereka.

Snapinsta.app_309638386_1011252553017837_4234165677141351446_n_1080

Cinta banyak bantu Chiwan semasa Mic On Selebriti 2023.

Sementara itu, Chiwan berkata, dia berhasrat untuk mengembangkan karier seni sebagai penyanyi selepas menjuarai program tersebut.

Katanya, dia mungkin akan memilih genre balada memandangkan ia sesuai dengan vokalnya.

"Jika ada mana-mana pihak mahu menawarkan saya peluang rakam lagu, Insya Allah saya akan terima. Saya gemar dengan genre balada seperti mana dibawa oleh Andmesh," katanya.

Berkongsi perancangan wang kemenangannya, Chiwan memberitahu dia akan menggunakannya untuk membeli sebuah rumah selain kenderaan.

Malah menjadi hasratnya untuk membantu rakan-rakan sekeliling sekiranya ada yang memerlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain